6 Tips Jika Terperangkap Di Dalam Bangunan Kebakaran

Ramai orang tidak tahu bagaimana dan tips menyelamatkan diri dari kebakaran. Apabila berlakunya kebakaran, kebanyakan mangsa meninggal dunia bukan disebabkan terbakar, sebaliknya disebabkan oleh menyedut gas/asap toksik yang dibebaskan akibat proses pembakaran secar berlebihan.
.
Entry ini adalah melalui sumber dari Medical Mythbusters Malaysia, hasil penulisan Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir, Pakar Kecemasan dan Trauma M3.

Kenapa Gas Karbon Monoksida Bahaya Semasa Kebakaran?

Gas karbon monoksida paling banyak dibebaskan ketika kebakaran. Hemoglobin darah kita mempunyai affiniti terlalu kuat terhadap gas (tarikan 200 kali) lebih kuat berbanding oksigen). karbon monoksida dan akan mengabaikan oksigen
.
Ini akan menyebabkan seluruh badan kita mengalami gangguan bekalan oksigen yang kita tahu amat mustahak demi hidup.
Dengan tahap toksik gas karbon monoksida dalam darah, mangsa akan meninggal dunia lama sebelum api membakar mereka.
.
Itulah sebabnya ramai mangsa kebakaran yang apabila ditemui sempurna tubuh badan mereka tanpa kebakaran namun sudah tidak bernyawa.
Selain dari gas karbon monoksida, gas2 toksik juga terhasil. Misalannya, pembakaran paip PVC dan bahan mengandungi vinyl boleh menghasilkan cyanide dan juga phosgene yang boleh membawa maut.
 .
Seperti mana yang kita semua tahu, api memerlukan oksigen sebagai bahan bakar utama. Ketika kebakaran, paras oksigen juga akan berkurangan di atmosfera kerana telah digunakan di dalam proses pembakaran.
.
Jika paras oksigen dalam atmosfera jatuh ke 15% secara mendadak (paras normal 21%) ia sudah mencukupi untuk membuatkan kita menjadi keliru dan hilang pertimbangan badan. Itulah juga antara punca kenapa mangsa gagal mencari jalan keluar dan terperangkap di dalam api di samping asap yang tebal mengganggu penglihatan.
 .
Kebakaran juga akan menjadikan udara menjadi terlalu panas dan seperti yang kita sedia maklum, rongga pernafasan kita mengandungi oksigen juga.
.
Oleh itu pembakaran saluran pernafasan boleh terjadi dan saluran pernafasan boleh membengkak hingga tertutup akibat dari proses ini.
.
Dalam istilah perubatan, kami memanggil gejala ini sebagai airway burn. Ia juga merupakan penyumbang utama kematian mangsa kebakaran.
 

Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya anda terperangkap di dalam bangunan yang terbakar?

(1) Apabila anda sedar ada kebakaran, bersegeralah menyelamatkan diri anda. Selamatkan diri dgn keluar dari bangunan terbakar itu dengan segera. Jangan buang masa dengan mahu menyelamatkan barangan berharga, dokumen dan lain2 lagi.
Ingat! Nyawa adalah paling utama!
 .
 .
(2)  Jika anda terperangkap dan mahu keluar dari pintu, jangan buka pintu yang berasap dari bawahnya dan panas. Berkemungkinan besar ada api disebalik pintu tersebut dan jika anda buka, api akan menerpa masuk ke dalam bilik anda kerana ia akan merebak ke tempat yang oksigennya tinggi. Anda akan terbakar dalam proses itu!
Carilah jalan alternarif lain menyelamatkan diri seperti pintu lain mahupun tingkap.
 .
 .
(3)  Selamatkan diri anda dari menyedut asap. Cara mengurangkannya adalah dengan MERANGKAK keluar dari kawasan yang tebal dengan asap. Jika boleh, tutuplah muka dengan kain yang dibasahkan.
 .
 .
(4) Jika pakaian yang anda pakai terbakar, segera rebahkan diri anda dan berguling di lantai kerana ini boleh memadamkan api tersebut. Pastikan anda kekal menutup hidung sepanjang proses ini.
 .
 .
(5) Jika tidak ada jalan keluar dan anda terperangkap di bilik, tutup ruang ruang yang boleh dimasuki asap dengan kain (basah jika boleh). Jangan panik dan tunggu hingga bantuan tiba. Walau anda sendiri gagal mendapatkan bantuan 999, berkemungkinan besar ada orang lain yang sudah membuat panggilan dan sedang berusaha menyelamatkan anda.
.
Kajian mendapati peluang anda untuk diselamatkan sekiranya terperangkap adalah lebih cerah sekiranya anda bertenang dan mengasingkan diri dari api hingga bantuan tiba.
 .
.
(6)  Berdoa.
 

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
6 Tips Jika Terperangkap Di Dalam Bangunan Kebakaran was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

READ :  Bahayanya Kesan Penggunaan Kasut Tumit Tinggi

You may also like

1 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.