12 TANDA ANDA KENA JANGKITAN CACING BANYAK DALAM BADAN

Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti cacing kerana mereka lebih aktif dan suka bermain di kawasan luar rumah.
 .
Jangkitan cacing berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing, atau cacing dari haiwan peliharaan. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak masukkan jari ke dalam mulut selepas bermain tanah yang tercemar.
 .
Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.
 .
Kemungkinan tiada sebarang tanda jangkitan jika jangkitan ringan (kurang dari 100 cacing). Tapi ada kala kanak-kanak alami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa.
.

Anda semua jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja.. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, mata, hati, paru-paru, salur darah..

 .
Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.. Bayangkanlah kalau jangkitan berlaku di salur darah.. Agak-agak anda apa yang berlaku…
.
Kalau kena pada anak-anak lagi bahaya.. Sistem imun kanak-kanak ni tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan cacing sebab itu ia antara penyebab utama golongan ini mudah dijangkiti, tetapi jangkitan boleh berlaku pada golongan dewasa juga sekiranya kebersihan tidak diamalkan.
 

12 TANDA ANAK ANDA KENA JANGKITAN CACING

Jika anak anda mempunyai tanda-tanda di bawah, kemungkinan dia terkena jangkitan cacing yang teruk ataupun dipanggil kecacingan (melebihi 100 – 1000 cacing) :

1. Cacing keluar dari dubur atau ada cacing pada najis.

READ :  8 Manfaat Detoks atau Singkirkan Toksin Pada Kesihatan

2. Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.

3. Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung. Susut berat badan.

4. Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.

5. Batuk-batuk yang berpanjangan.

6. Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.

7. Mengetap gigi ketika tidur malam.

8. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.

9. Hiperaktif.

10. Sakit kepala.

11. Sensitif terhadap cahaya.

12. Gusi dan hidung berdarah.

Di Malaysia, jangkitan cacing yang paling kerap ialah jenis cacing cambuk, diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit dan cacing benang. Cacing cambuk merupakan salah satu jangkitan cacing yang sukar dihapuskan.

Komplikasi atau Risiko Masalah Cacing Dalam Badan

Masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus.
.
Cacing kerawit sebagai contoh, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.  Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.
 .
Menurut WHO,  400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
 .
Bagi kes jangkitan yang teruk, dehidrasi (kekurangan air) dan kekurangan darah dalam badan berlaku akibat cirit-birit berdarah. Kadang-kala berlaku, hujung usus besar terkeluar.
 

5 Langkah Cegah Jangkitan Cacing

#1. Amalkan kebersihan diri & rumah – cuci tangan sebelum & selepas makan

  • Selepas keluar tandas
  • Selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkit
READ :  Tips BERKESAN Untuk Bantu Anda Keluar Dari Masalah Hidup !

#2. Pakai kasut apabila keluar rumah

#3. Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah

#4. Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai

#5. Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)

Disyorkan untuk mengambil ubat anti-cacing ini setiap 3 – 6 bulan sekali sahaja untuk

Jenama ubat cacing yang boleh didapati dari Farmasi antaranya ZENTEL, Champ D-Worm, Nox Worm dan lain-lain.

**Larangan: Wanita yang disahkan atau disyaki hamil dan bayi berusia 12 bulan ke bawah dilarang mengambil ubat cacing.

Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing juga.

Cara Buang Cacing Dalam Badan Dengan Cara Semulajadi?

Tahukah anda?
BAWANG PUTIH BOLEH BUNUH CACING DI BADAN?
Kenapa bawang boleh membunuh cacing? Kerana…
Bawang putih mengandungi alicin. Alicin ni boleh didapati bila bawang putih ini dihancurkan dan di ketuk. Barulah keluar kandungan Alicin dari dalam bawang
.
Alicin adalah agen antimicrobakteria. Bermakna ia berupaya membunuh cacing dan parasit dalam tubuh badan kita
.
Untuk mendapat semua ini, bawang putih mesti dimakan segar. Ini kerana bahan alicin tadi akan hilang fungsinya selepas satu jam ditumbuk/dipecahkan. Kalau telan macam tu je tanpa dipecahkan, pun tak dapat manfaat juga. Bermakna kena pecahkan dan makan. Masak apatah lagi memang hilang fungsi Alicin
.
Mampu nak makan mentah-mentah?
.
Ni nak habaq mai..dalam Garlic Complex Shaklee ada Alicin. Takyah pecah, takyah patah,takyah tumbuk pakai lesung. Telan je dan matilah cacing-cacing sekalian
Jimat sikit.. tak payah beli ubat cacing lg…

“SIHAT UNTUK BERAMAL”

READ :  Pengidap Kanser Servik Kembali Pulih Setelah Pengambilan Vivix Shaklee

Mudah-mudahan dapat membantu anda

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 – 4211 610 
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com

ATAUPUN♥ Buat belian secara terus di   mana mana cawangan Shaklee  berdekatan anda, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan

—————————————-

12 TANDA ANDA KENA JANGKITAN CACING BANYAK DALAM BADAN was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.