10 Fakta Tentang Fibroid Yang Anda Perlu Tahu

fakta fibroid

Fibroid adalah penyakit yang berkaitan dengan rahim, ketumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan paling kerap melanda wanita dan ia bukan kanser.

Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif) dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid.

Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti,

  • menghimpit pundi kencing (kerap kencing)
  • mengalami haid yang banyak
  • sakit samasa haid (senggugut teruk)
  • sakit semasa bersama dan sebagainya.

Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Ia boleh tumbuh sehingga sebesar sebiji tembikai dalam rahim anda tapi ia bukan sejenis kanser.

Jenis Jenis Fibroid

Jenis-jenis fibroid dikelaskan mengikut tempat di mana ia tumbuh kat dalam rahim.

jenis fibroid
Jenis Jenis
Fibroid Dalam Rahim

(1)Fibroid INTRAMURAL

Fibroid yg tumbuh di dalam dinding rahim. Ia akan membesar & keadaan ini akan menyebabkan saiz rahim juga turut membesar.

.

(2) Fibroid SUBMUCOSAL

Tumbuh di bawah lapisan dinding dn kadang kadang menonjol ke dlm rahim. Kesannya.. korg akan rasa sakit sewaktu didatangi period. Tanda lain seperti dismenorea atau senggugut.

Tanda sebegini biasanya berlaku dalam kes fibroid yg membesar secara mendadak pada waktu singkat.

.

 (3) Fibroid SUBSEROSAL

Tumbuh di permukaan luar rahim & tak beri tanda atau kesan sampai la saiz pembesarannya mengganggu organ lain yang berdekatan seperti pundi kencing & usus.

.

(4) Fibroid PEDUNCULATED

Tumbuh di luar rahim cuma bercantum sedikit dengan rahim atau bertangkai. Ia membesar serta membengkok & terpulas. Korg yg ada fibroid ini biasanya akan rasa sakit yg amat sangat.
.
Fibroid boleh tumbuh dalam pelbagai saiz, bentuk dan bilangan.

 

10 Fakta Tentang Fibroid Yang Anda Perlu Tahu

(i) Kebanyakan Fibroid tidak perlu dirawat

Kebanyakan fibroid TIDAK PERLU dirawat melainkan terdapat tanda-tanda yang menyebabkan masalah kepada pesakit.

Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% betul betul memerlukan rawatan

Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan secara imbasan ultrasound.

Biasanya doktor akan membuat saranan atau perawatan tertentu jika :

  1. Sakit yang serius dan masalah pendarahan yang banyak ketika haid
  2. Fibroid tumbuh dengan cepat dan saiznya terlalu besar
  3. Faktor umur
  4. Keinginan untuk beranak pinak.

.

(ii)Fibroid juga berpunyai dari sejarah keluarga atau genetik

Jika ada sejarah ahli keluarga terdekat yang mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

.

(iii)Fibroid berkaitan dengan hormon

Fibroid ni berkaitan dengan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas akil baligh.

Jadi bila sudah  menopos atau putus haid, tiada bekalan hormon hormon ini menyebabkan saiz fibroid ni mengecut.

Tapi, jika sudah menopause , tetapi  saiz fibroid tidak mengecut sebaliknya makin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adalah tanda-tanda tak bagus – fibroid ini adalah jenis yg bahaya ( leiomyosarcoma)

.

(iv) Fibroid hadir tanpa sebarang tanda tanda atau gejala.

80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala atau simptom .Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.

Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai Fibroid kerana tidak mengalami gejala atau tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid

READ :  Rawatan Semulajadi Tanpa Pembedahan untuk Pesakit Fibroid

.

(v) Fibroid berkaitan dengan berat badan berlebihan atau obesiti

Kenapa obesiti ? Sebab lemak-lemak degil yang terkumpul dalam badan menyimpan hormon wanita. Hormon yg tersimpan dengan banyak ni dikatakan menjadi punca fibroid terjadi.

.

(vi) Fibroid adalah antara sebab utama Histerektomi ataupun pembedahan buang rahim.

Hysterectomy adalah pilihan terbaik sekiranya telah membuat keputusan untuk tidak melahirkan anak lagi. Ia juga adalah pilihan terbaik untuk mengelak fibroid secara kekal. Kesannya, anda tidak boleh hamil dan putus haid (menopaus)

READ :  Tips Pemakanan Selepas Pembedahan bagi Pesakit Cyst, Fibroid dan Endometriosis dari Dr Hamid Arshat

.

(vii) Fibroid dan Kesuburan Wanita

Lebih kurang 3% daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Ini kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan kesukaran untuk perlekatan embrio pada dinding rahim.

.

(viii) Risiko Fibroid semasa mengandung

Fibroid sewaktu hamil pula boleh menyebabkan sakit dan tekanan pada pelvik dan menjadi punca kelahiran tidak cukup bulan. Jika saiz fibroid menghalang laluan rahim, kelahiran secara caesarean diperlukan.

Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.

READ :  Fibroid Semasa Mengandung : Bersaiz 10cm, Berjaya Mengecut Dan Bersalin Normal

.

(ix) Haid yang banyak dan senggugut adalah tanda utama fibroid

Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.
.
Bukan itu sahaja, fibroid boleh mengakibatkan kemandulan,  sakit pinggang,  kadang kala sembelitt

Sekiranya terlalu besar ia boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.

.

(x) Kenalpasti atau Diagnosis Fibroid

Kaedah paling efektif untuk mengesan ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasound. Kerana biasanya fibroid tidak akan menunjukkan sebarang simptom untuk kita ketahui tentang penyakit ini.
.

Oleh itu, elok untuk wanita membuat pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.


Rawatan Tanpa Pembedahan untuk Fibroid

Selain ubat yang dibekalkan ataupun pembedahan, seseorang boleh berikhtiar dengan Set Fibroid dari Shaklee yang membantu mengecutkan fibroid dengan berkesan .tingkatkan imun badan dan mengelakkan fibroid tumbuh semula

ubat kecutkan fibroid, cara kecutkan fibroid tanpa pembedahan,shaklee untuk fibroid
Cara kecutkan fibroid tanpa pembedahan dwngan Set Fibroid Shaklee

.

Bagaimana Vitamin Shaklee membantu mengurangkan FIBROID?

Set Fibroid & Cyst Shaklee terdiri daripada Vivix, GLA Complex dan Vitamin ACE iaitu Carotomax, Vitamin C, Vitamin E.

(i) GLA Complex

Gla Complex sangat membantu untuk masalah mereka yang mengalami masalah cyst dan fibroid. Mengandungi asid lemak Omega 6 iaitu GLA membentuk hormon prostaglandin untuk mengawal dan menstabilkan hormon. Apabila hormon seimbang, fibroid dan cyst tak membesar.

.

(ii) Vitamin A,C,E

Vitamin A,C dan E merupakan vitamin tinggi antioksidan yang perlu untuk badan kita menentang radikal bebas dari terus menyerang dan merosakkan sel badan dan membantu Fibroid & Cyst mengecut! 

Ketiga vitamin ini membantu mengelakkan fibroid tumbuh kembali di kemudian hari

.

(iii) Vivix

Vivix Shaklee terkenal dengan kemujarabannya, untuk kecutkan saiz fibroid dengan berkesan. Dirumuskan daripada anggur muscadine yang mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.

Di mana ia dapat membantu memperbaiki sistem dalaman badan wanita. Juga membantu menghasilkan sel-sel tubuh yang sihat.

Testimoni Pengguna Yang Berjaya Kecutkan Fibroid

# Testimoni 1: Saiz fibroid semakin mengecut dan mengecut selepas mengambil Set Fibroid Shaklee. Doktor sahkan tak perlu buat pembedahan untuk buang fibroid

suplemen shaklee untuk fibroid,testimoni fibroid shaklee,kecutkan fibroid shakleekecutkan fibroid shakleekecutkan fibroid shaklee
.

Testimoni 2 :  Fibroid mengecut dari 7cm kepada 3cm  selepas mengamalkan Vivix Shaklee

suplemen shaklee untuk fibroid,testimoni fibroid shaklee,kecutkan fibroid shakleekecutkan fibroid shaklee, kecutkan fibroid shaklee
.

Testimoni 3 :  Perut keras disebabkan fibroid jadi lembut selepas seminggu ambil Vivix Shaklee

suplemen shaklee untuk fibroid,testimoni fibroid shaklee,kecutkan fibroid shakleekecutkan fibroid shaklee, kecutkan fibroid shaklee

Setakat ini dulu perkongsian saya mengenai info dan maklumat mengenai FIBROID.dan perlu diingatkan bahawa FIBROID boleh berulang dan kembali tumbuh walaupun SELEPAS PEMBEDAHAN.

Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat vitamin yang manakah bersesuaian dengan budget anda.

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
10 Fakta Tentang Fibroid Yang Anda Perlu Tahu was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.