Memaparkan catatan dengan label HORMON KESUBURAN WANITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HORMON KESUBURAN WANITA. Papar semua catatan

Tips Meningkatkan Kesuburan dan Peluang Hamil di Usia Lewat 35 Tahun

Harini saya nak berkongsi dengan anda semua yang ingin hamil & menimang cahaya mata, tapi usia melebihi 35 tahun. Mustahil ke? Sebenarnya tak ada apa yang mustahil dalam hidup ini. Pernah dengar ada wanita yang usia 55 tahun pun masih hamil. 



Untuk pengetahuan korang, ibu mertua Nadia pun hamil pada usia 45 tahun.Pada mulanya, kami sekeluarga pon terkejut, maklumlah suami saya pada masa tu pon dah 25.

Kiranya anak & mak mertua mengandung serentak. Beza cuma 5 bulan dengan anak saya :) tapi sama tahun.hihi .Untuk pengetahuan anda juga, ibu mertua saya mengandung tanpa sebarang komplikasi sehinggan saat melahirkan bayi yang normal berat 3.1 kg secara normal & yang paling saya kagum , melahirkan tanpa jahitan walaupun waktu tu dah mencecah usia 45 tahun

Kerana kebiasaanya, kita selalu dimomokkan dengan bayi down syndrome dan berbagai lagi. Percayalah, sesuatu yang terjadi pasti bersebab . Ibu mertua saya dan kami sekeluarga pon risau dengan mitos sebegitu, tapi ia hanya peringatan pada kita. Yang penting, bersangka baik dengan Allah. Insyaallah, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.




Mia bersama maksu nya :)
Saya tak menafikan pada usia 35 tahun keatas kebanyakan tahap kesuburan wanita semakin menurun, dan memerlukan penjagaan kesihatan yang baik untuk meningkatkan kesuburan ketahap maksimum pada usia tersebut. Anda  juga yang harus menerima risiko  baik sebelum mahupun sesudah melahirkan.



Kenali Risiko Hamil di usia 35 keatas 

Jika usia anda lebih dari 35 tahun, maka:

  • Anda mungkin akan mengalami sukar hamilPada awal 30-an, telur anda mula menurun kadar kualitinya dan anda mungkin akan berovulasi lebih jarang daripada umur anda sebelum 30-an. ( tapi, tak mustahil ye! ramai je yang hamil melebihi usia 35 tahun)
  • Bayi Anda akan berisiko lebih tinggi mengalami kelainan kromosom, seperti Down syndrome.
  • Anda lebih mungkin mengalami keguguran.
  • Anda berada pada risiko lebih tinggi terkena diabetes gestational.
  • Anda lebih mungkin untuk hamil bayi kembar. Bila anda lebih berusia, perubahan hormon akan menyebabkan anda melepaskan lebih dari satu telur setiap kali anda berovulasi. 
  • Berada pada risiko lebih tinggi terkena komplikasi yang berhubungan dengan kehamilan
  • Potensi untuk melahirkan bayi secara operasi Caesar (pembedahan) sangat tinggi


Bagaimanapun, ibu usia lewat mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Mereka selalunya mengikut gaya hidup yang lebih sihat, berpendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik.

Wanita berusia selalunya lebih matang dalam menangani simptom-simptom kehamilan, berdikari dan yakin dengan apa yang mereka mahu serta bersedia dari segi mental untuk bergelar ibu.



Mengapa Usia dikaitkan dengan Tahap Kesuburan




Secara kesimpulannya, tahap kesuburan wanita berkait rapat dengan kualiti telur yang dihasilkan. Semakin berusia, kadar kualiti telur atau ovum semakin menurun dan boleh menyebabkan punca sukar hamil.


Tips Meningkatkan Kesuburan Di Lewat USia 35 Tahun

(1) Makan Diet yang Seimbang

Mengamalkan makanan yang kaya asid folik , kalsium , zat besi , dan protein . Tambahan diet anda dengan mengambil vitamin pranatal sebelum anda hamil dan dengan terus digunakan selama kehamilan anda .


(2) Menjaga Berat Badan Sihat

Pastikan anda berada dalam keadaan fizikal yang baik sebelum anda cuba untuk hamil . Wanita yang mengalami obesiti ( indeks massa tubuh 30 atau lebih tinggi ) mungkin mempunyai masa yang lebih sukar untuk hamil . Wanita yang lebih tua dan mengalami obesiti lebih terdedah dengan diabetes gestational. 


(3) Elakkan Terdedah Bahan Berbahaya

Tidak digalakkan  minum alkohol , minum ubat tertentu , pengambilan dadah , dan merokok.

(4)  Jauhi Stress

Menjauhi stress , dan mengamalkan gaya hidup yang sihat akan meningkatkan peluang anda mempunyai kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko hamil di usia tua . 



Bagaimana Vitamin Shaklee  Membantu Meningkatkan Kesuburan Dilewat Usia ?



Untuk anda yang masih lagi berusaha , jangan putus asa. Teruskan usaha anda. Cadangan vitamin bagi anda yang ingin meningkatkan kesuburan 


Energizing Soy Protein

protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 
  • Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat. 
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna 
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang 
  • Menyokong kesihatan prostat (lelaki) 
  • Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan
  • Meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum



Gla Complex

Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. 

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio

Membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Selain daripada itu, Gla Complex juga membantu 
  • menghasilkan telur atau ovum yang matang
  • menstabilkan hormon kewanitaan 
  • mencegah daripada menopause sebelum usia
  • menstabilkan kitaran haid wanita



B Complex 

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
notakaki : segalanya tidak mustahil. Teruskan berdoa. Harapan sentiasa anda untuk anda 


Kisah ibu mertua saya tadi sebagai satu semangat untuk anda,jangan takut untuk hamil dilewat usia 35 tahun.Alhamdulillah ,sepanjang kehamilan ibu mertua saya yang berusia 45 tahun , tidak mengalami sebarang komplikasi seperti morning sickness, darah tinggi. 

Semuanya baik baik belaka dan melahirkan secara normal. Ibu mertua saya adalah salah seorang ibu yang hanya MENYUSUKAN BADAN ,takda campur susu formula pon sehingga hari ini. Di usia 46 tahun. 




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB.


------------------------------------

12 Tanda dan Simptom Wanita Mengalami Kekurangan Hormon Progesteron

Kadar progesteron rendah adalah suatu keadaan dimana tubuh seorang wanita tidak menghasilkan hormon progesteron yg mencukupi dan tidak seimbang dengan hormon estrogen. Secara amnya, tubuh perempuan menghasilkan hormon progesteron sepanjang kitaran ovulasi melalui ovari dan kelenjar adrenal.
.
Hormon Progesteron adalah salah satu hormon utama pada wanita, hormon ini mempunyai peranan penting dalam metabolisme dan mengawal aktiviti hormon pada wanita. Kerana itu ketika anda kekurangan hormon progesteron anda akan mengalami komplikasi.


Kebanyakan wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari. Progesteron adalah hormon yang membina lapisan rahim. Ertinya, ia mempersiapkan embrio masuk ke dalam rahim. Jika tidak hamil, lapisan ini runtuh dan keluar sebagai haid. Hormon ini juga membantu persiapan tubuh ketika hamil dan menjaga badan semasa proses ovulasi.



Illustrasi Hormon Progesteron

Hormon ini juga sangat penting dalam kehamilan anda. Semasa hamil dan mempunyai hormon progesteron rendah, bermaksud janin anda mengalami ancaman kesihatan. Keguguran boleh menjadi risiko tertinggi jika hormon progesteron rendah. Untuk itu, ada baiknya anda mengenali tanda dan punca hormon progesteron yang rendah



Fungsi yang sangat penting ini kadang terganggu sebab banyak wanita yang mempunyai tahap progesteron yang rendah. Beberapa wanita yang mengalami keadaan ini biasanya disebabkan oleh badan yang mempunyai lebih banyak hormon estrogen. Selain itu, wanita yang kurang sukan dan kurang menjaga pemakanan juga boleh jadi penyebab rendahnya hormon progesteron.




Simptom atau Gejala Rendah Progesterone


Gejala akibat kekurangan hormon progesteron pada wanita bermancam macam, mungkin saat ini anda sedang mengalaminya. Mari kita semak  bersama apa yang terjadi jika wanita kekurangan hormon progesteron.

1. Kekeringan faraj, Keinginan Seks Menurun

Wanita sering mengalami kekeringan pada miss V petanda kekurangan hormon progestrogen yang dihasilkan oleh badan, kekeringan  faraj ini juga mengakibatkan hubungan intim menjadi menyakitkan.



2. Berat Naik

Penambahan berat badan di suatu kawasan perut, akibat daripada kekurangan hormon progesteron akan menimbulkan penambahan berat badan di sekitar perut anda.




3. Pelupa

Kekurangan daya ingatan berkurang apabila anda mengalami kekurangan hormon




4. Cepat Letih

Keletihan, jika anda keletihan yang tidak jelas, mungkin anda telah mengalami kekurangan hormon progesteron.




5. Susah Tidur atau Indomnia

Insomnia, jika anda tidak boleh atau susah tidur cuba semak mungkin anda sedang mengalami rendahnya hormon progesteron.




6. Kemurungan

Kekurangan hormon ini boleh menimbulkan tekanan  yang banyak,juga menimbulkan masalah bunuh diri.




7.  Cyst , Fibroid, Endometriosis (Ketumbuhan dalam Rahim)

Cyst  ovari, kitaran haid yang tidak teratur boleh menyebabkan cyst  ovari yang juga disebabkan rendahnya tahap hormon   progesteron.




8. Haid Tak Teratur

Kitaran Haid tidak teratur, mungkin anda mengalami kitaran haid  20 hari,bukan 28 hari, atau mungkin mengalami haid  berat selama 1 bulan dan bulan berikutnya haid tak datang sama sekali ini boleh diakibatkan daripada kekurangan progesteron.




9. Tempoh Haid Yang Lama dan Berpanjangan

Haid Berat, anda akan mengalami pendarahan hebat, dan pendarahan bergumpal.




10. Simprom Pra Haid (PMS) yang teruk

Premestrual Syndrom, munculnya suasana cemas, mood atau suasana mood berubah tiba tiba, ini merupakan akibat kekurangan hormon progesteron.




11. Keguguran

Hormon progesterone yang rendah masih boleh pregnant tapi selalu berdepan dengan risiko keguguran yang tinggi, sebab progesterone ni berfungsi menebalkan dinding rahim kita sebagai persediaan proses implantasi. bila progesterone rendah dinding rahim tak dapat 'memegang' embryo tadi dgn baik dan bermula la ancaman keguguran atau keguguran jika tak dapatkan rawatan.

Semasa mengandung, tanda-tanda progesteron rendah termasuk mengesan dan sakit perut. Gejala-gejala lain progesteron rendah di kalangan wanita yang hamil mungkin termasuk:

  • ketegangan pada payudara
  • keletihan 
  • bacaan gula dalam darah yang rendah
  • kekeringan faraj
  • Pendarahan


12. Sukar Hamil

Kemandulan, perempuan tidak mampu berovulasi dan tidak mempunyai kesuburan.

Kebanyakan wanita mengalami kitaran haid selama 28 hari. Progesteron adalah hormon yang membina lapisan rahim. Ertinya, ia mempersiapkan embrio masuk ke dalam rahim. Jika tidak hamil, lapisan ini runtuh dan keluar sebagai haid. Hormon ini juga membantu persiapan tubuh ketika hamil dan menjaga badan semasa proses ovulasi.


Nah itulah simptom kesan kekurangan hormon progesteron pada wanita, maka anda perlu rajin untuk memeriksa keadaan kesihatan anda mulai sekarang. Risiko yang paling bahaya daripada kekurangan hormon progesteron ini adalah tidak boleh hamil lagi, maka daripada itu sebaiknya lakukan





Kesan jangka masa panjang akibat dari kekurangan progesterone


  • Sembelit yg kronik

  • Sering jatuh sakit


  • Berisiko untuk mendapat osteoperosis, sakit jantung dan cancer uterus


Vitamin Cadangan Untuk Menstabilkan Hormon


Peningkatan hormon dalam tubuh akan memberi  kesan positif kepada kesihatan secara menyeluruh.  Seseorang akan merasa lebih selesa dan segar selepas terapi meningkatkan hormone.  Hormon yang baik meningkatkan penyerapan nutrient pada tubuh kita kerana pengambilan vitamin tanpa baik pulih hormone tidak akan berkesan.

Pengambilan suplimen yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi.


Fungsi Vitamin B6 adalah menyeimbangkan hormon estrogen serta hormon progesteron dalam tubuh wanita. Kekurangan Vitamin B dapat menimbulkan hormon tidak seimbang, hal ini tidak baik bagi anda yang merencanakan program kehamilan. 

Keunikan vitamin b-complex shaklee berbanding b-complex yang lain ialah ianya mengandungi 8 komponen penting vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12 DAN 100% BIOTIN DAN ASID FOLIK. Asid folik yang terdapat dalam  vitamin shaklee ini apa yang specialnya ,sifatnya yang semulajadi dan berkualiti membuatkan ia mudah untuk diserap sehingga 99% berbanding yang terdapat di pasaran.


Gla Complex 

Gla Complex adalah sejenis asid lemak Omega 6 untuk membentuk prostaglandin iaitu hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. 

Selain itu, ia juga berperanan 

  • memgembalikan kitaran haid yang normal
  • membantu mengoptimumkan tahap kesuburan wanita 
  • menstabilkan hormon
  • membantu wanita untuk hamil
  • menyokong sistem imun
  • memelihara  integriti sel
  • mengecutkan cyst dalam rahim wanita
  • membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'


Ostematrix

Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk persenyawaan sperma dan telur.

Ostematrix Shaklee mengandungi Vitamin D3. Menurut satu artikel dari American Journal of Clinical Nutrition, peranan vitamin D3 dalam mempromosikan kesihatan adalah lebih mendalam & mempunyai kesan dengan cara yang berikut: 

Ia memberi kesan kepada "sistem penyesuaian imun, sistem imun semula jadi, rembesan insulin oleh sel β pankreas, fungsi multifaktorial jantung dan peraturan tekanan darah, dan otak dan perkembangan janin."



\

------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :


✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com


ATAUPUN

 Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 
untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan 

Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.



-----------------------------------

4 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Jika Ingin Cepat Hamil

Banyak entry di dalam blog saya ini berkisarkan mengenai info info kesuburan mahupun kesuburan lelaki mahupun kesuburan wanita. Khas buat mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat yang diidamkan oleh setiap pasangan

Perlu diingatkan pada anda , bahawa anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Bila masa dan ketikanya kita adalah diluar penguasaan kita . Sebagai manusia , kita sebaiknya berusaha yang terbaik dan sehabis daya untuk mendapatkan zuriat kerana zuriat merupakan salah satu saham akhirat kita nanti.

Kita sering diberikan tips cepat hamil,mudah hamil, senang hamil..tapi jangan lupa ada beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk cepat hamil 

Jom baca!


Perkara yang anda perlu elakkan untuk mempercepatkan proses kehamilan?

(1) Awasi Penggunaan Cecair Pelincir


Bagi   sesetengah   pasangan   yang  mempunyai masalah sakit ketika bersama, vagina kekeringan boleh menggunakan   bahan   pelincir   untuk hubungan kelamin . Tapi, perlu diingatkan bahawa pelincir yang terbaik adalah dihasilkan   oleh   badan   sendiri. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelincir dipasaran boleh mematikan sperma si suami .Eh, bukan pelincir sahaja tapi air liur juga!

Bagi mereka   yang   tetap   ingin gunakan   pelincir   buatan, anda perlu   pastikan   bahawa pelincir   yang digunakan itu adalah ‘mesra sperma’.

Apa   yang   dimaksudkan   dengan   ‘mesra sperma’?

Secara umumnya,persekitaran  faraj  adalah  berasid.  Tetapi  sebaliknya,  sperma perlukan persekitaran  yang  lebih beralkali  untuk  hidup.  Oleh  itu,  sejurus  sebelum ovulasi, mukus serviks yang  bersifat  alkali dirembeskan   untuk mewujudkan satu persekitaran ‘mesra sperma’ atau 'sperm friendly'

Oleh  sebab  itulah  digalakkan  supaya penetrasi  sebaik-baiknya didahului dengan ‘foreplay’  supaya lebih  banyak ‘pelincir  semulajadi’  dirembeskan  dari   badan.

Jika seseorang wanita itu mengalami masalah kekeringan faraj, sakit ketika melakukan hubungan intuk yang membuatkan anda terpaksa menggunakan pelincir bagi mengurangkan sakit semasa bersama suami , saya mengesyorkan anda  Set Kewanitaan Shaklee (klik disini) yang membantu menghasilkan pelincir semulajadi didalam badan. Ramai yang berpuas hati dengan hasilnya !


 (2) Awasi Cecair Pembersih Faraj

Terdapat sejenis cecair yang dijual di pasaran sebagai cecair pembersih faraj. Mungkin anda pernah dengar istilah ‘douching’?  


Alat yang digunakan dinamakan sebagai ‘douch’. ‘Douching’ adalah suatu proses untuk membersihkan faraj dengan sejenis cecair yang mengandungi antiseptik untuk tujuan higenik atau menghilangkan bau. Cecair yang digunakan dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik untuk daya hidup sperma.


(3) Seks Oral

Anda tahu apa itu seks oral bukan? Air liur daripada seks oral sebenarnya boleh membunuh sperma.  Oleh  itu,  jika  terdapat  sisa-sisa  air  liur  pada alat  kelamin  lelaki  atau  wanita, ia  akan  membunuh  sperma.  Oleh  itu,elakkan tabiat ini.

Untuk meningkatkan peluang kehamilan ,anda perlu mengetahui posisi seks yang terbaik  (klik pada disini) untuk meningkatkan peluang kehamilan


(4) Perkara yang dielakkan selepas hubungan intim
3 perkara yang perlu dielakkan selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan intim adalah :

  • Elakkan dari mengemut faraj, menutup paha atau meluruskan kaki selepas hubungan kelamin kerana ini akan menolak keluar angin dari faraj dan seterusnya menolak air mani keluar dari faraj. Sebaik-baiknya kaki perlu diangkat sedikit ataupun mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj. Walau bagaimanapun, pengeluaran sedikit air mani setelah hubungan kelamin adalah perkara biasa. Tetapi sebagai langkah untuk memaksimumkan peluang untuk hamil, adalah baik jika perkara ini diberi perhatian.
  • Jangan  bangun  dan  jangan  gerakkan  badan  keterlaluan  setelah hubungan   kelamin kerana gerakan   badan   akan   mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj. 
  •  Elakkan daripada menyelitkan kain ke kelengkang  kerana kain tersebut boleh menyerap air mani.

Semestinya untuk merancang mendapatkan zuriat, anda harus titikberatkan mengenai kesihatan fizikal dan mental selain dari usaha anda dengan mencuba Set Kesuburan Shaklee yang boleh diamalkan suami isteri bagi membantu meningkatkan kesuburan , dan lupa juga ada perkara yang anda perlu elakkan untuk mempercepatkan proses pelekatan

Sampai disini sahaja perkongsian saya mengenai perkara yang perlu dielakkan jika anda ingin cepat hamil.




------------------------------------

Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :

 SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
 Email : nornadiamansor@yahoo.com


Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :

☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan 
 layak dijemput ke ekslusif group di FB.

------------------------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...