Punca Keguguran Berulang & Rawatan

keguguran berulang

Keguguran berulang adalah apabila keguguran berlaku 3 atau lebih berturut-turut  ( recurrent miscarriages ).

Berlaku dalam 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat.

Adakah ibu yang mengalami keguguran berulang bermaksud dia mempunyai masalah kesuburan atau ada penyebab lain?

Saat menerima berita gembira diri disahkan hamil, ibu adalah orang yang paling bahagia . Dijaga dengan penuh teliti. Namun bila takdir mengatakan, janin yang dikandung tidak dapat survive dan akhirnya berlaku keguguran ibu juga lah orang yang paling sedih.

Usah pernah menyalahkan takdir kerana apa yang Allah beri itu adalah terbaik untuk hambaNya. Kita hanya perlu usaha perbaiki sana sini dan terus berdoa dan berdoa.

Saya ingin berkongsikan dengan anda info dari sumber Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak , Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan

keguguran berulang

Punca  berlakunya Keguguran Berulang

Kadang-kadang doktor dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran lewat kehamilan. Walau bagaimanapun dalam kebanyakkan kes, doktor tak dapat mengenalpasti sebab-sebab berlakunya keguguran ini, lebih-lebih lagi jika semua ujian yang dijalankan adalah normal belaka.

Ada beberapa faktor yang dikenalpasti mungkin menyumbang kepada keguguran lewat kehamilan

✅ UMUR

Semakin berusia wanita itu, semakin tinggi peluangnya untuk mendapat keguguran. Jika wanita berusia lebih 40 tahun, lebih 1 dalam 2 ( 50%) kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Bukan sahaja wanita, jika suaminya berusia pun, peluang untuk keguguran tinggi.

✅ ANTIPHOSPHOLIPID SYNDROME ( APS)

APS adalah sindrom dimana darah seseorang wanita itu senang membeku dan menyumbang kepada keguguran berulang dan keguguran lewat kehamilan

✅FAKTOR GENETIK

Dianggarkan kira-kira tiga hingga lima peratus pasangan yang berhadapan dengan masalah ini didapati salah seorang antara mereka membawa kromosom yang tidak normal ( struktur genetik yang terkandung dalam sel manusia yang mengandungi DNA dan perwarisan dari ayah ibu ).

Walaupun masalah genetik ini mungkin tidak menujukkan apa-apa masalah pada ayah atau ibu, tetapi ianya boleh menyebabkan keguguran.

✅ SISTEM PERANAKAN TIDAK NORMAL

Fibroid yang wujud dalam rongga rahim juga boleh menyebabkan keguguran.

✅PANGKAL RAHIM YANG LEMAH

Kelemahan pangkal rahim ( cervical incompetence ) boleh menyebabkan keguguran dalam 14 hingga 23 minggu kehamilan. Susah sikit untuk mengenalpasti keadaan pangkal rahim lemah ini untuk wanita yang tak mengandung. Mungkin ini adalah penyebabkan keguguran jika kehamilan sebelumya gugur dengan cara air mentuban pecah awal, ataupun pangkal rahim membuka awal walaupun si ibu tiada rasa sakit pun

Kecederaan pada servik yang terjadi ketika D&C dan biopsi kon dikenal pasti sebagai punca servik lemah.

READ :  Tips Khas Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran

✅PERKEMBANGAN BAYI TAK NORMAL

Perkembangan bayi yang tidak normal boleh menyebabkan keguguran tapi bukan penyebab keguguran berulang.

✅JANGKITAN KUMAN

Sesetengah jangkitan kuman yang sebabkan ibu menjadi tidak sihat boleh menyebabkan keguguran. Jangkitan kuman yang berulang tidak dapat ditentukan dengan pasti. Misalnya, jangkitan Toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan listeria pada ketika dulu dipercayai punca yang menyebabkan keguguran.Infeksi kuman atau virus sebagai punca keguguran amat sukar untuk dibuktikan

✅KECACATAN  RAHIM

Sukar untuk ditentukan sama ada kecacatan rahim penyebab penting sebagai punca.Kajian menunjukkan, kejadian kecacatan rahim sesetengah wanita yang mempunyai kandungan dan kelahiran normal adalah sama dengan wanita yang bermasalah keguguran berulang.

Contoh kecacatan yang sering ditemui adalah rahim berkembar (bicornuate uterus) dan septum dalam rongga rahim.

✅KENCING MANIS & MASALAH TIROID

Kencing manis dan masalah tiroid yang tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, walaubagaimanapun ianya tidak menyebabkan keguguran berulang-ulang asalkan masalah kencing manis dan tiroid ini dirawat dan dikawal sebaiknya.

✅KEKURANGAN HORMON ENDOKRIN

Kekurangan hormon progesteron pada fasa luteal (dua minggu sebelum haid) pusingan haid dan peringkat awal kandungan dipercayai sebagai punca keguguran berulang berlaku. Kajian klinikal menunjukkan pengambilan hormon progesteron pada awal kandungan tidak memberi apa-apa kelebihan pada hasil kandungan.

Selain itu, suntikan hormon hCG juga tidak menunjukkan keputusan yang memberangsangkan dari segi hasil kandungan.

✅Berat badan berlebihan

✅Merokok, pengambilan kafein dan alkohol secara berlebihan.

✅Pernah Keguguran

Peluang untuk keguguran lagi meningkat bila berlakunya satu keguguran. Wanita dengan 3 kali keguguran berturut-turut ada risiko 4 dalam 10 peluang untuk mengalami keguguran sekali lagi.

Diagnosis Penyiasatan Masalah Keguguran Berulang

Penyiasatan yang boleh dilakukan untuk keguguran berulang-ulang :

⭐️Ujian darah – mengenalpasti Antiphospholipid syndrome dan thrombophilia
Ujian darah untuk mengenalpasti ketidaknormalan kromosom jika bayi menunjukkan kromosom yang tidak normal.

⭐️Ujian darah untuk menentukan jangkitan kuman

Rawatan akan diberikan berdasarkan sebab-sebab berlakunya keguguran berulang-ulang ini. Jika doktor tidak dapat mengenalpasti sebab selepas melakukan pemeriksaan serta ujian-ujian yang berkenaan, wanita itu tidak perlu menerima rawatan.

Wanita dan pasangan sepatutnya mendapat rawatan serta kaunseling oleh pakar. Wanita yang mendapat sokongan perubatan dari awal kehamilan mempunyai peluang untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.

Walaupun tidak dapat mengenalpasti sebab-sebab keguguran berulang-ulang ini, 75 dalam 100 kes ( 75%) akan berjaya hamil sehingga kehujungnya.

Tenangkan hati dan ingat bahawa kebanyakkan pasangan akan berjaya dengan kehamilan, walaupun pernah gugur 3 kali berturut-turut.

Tips Mencegah Keguguran Berulang

Keguguran di awal kehamilan kebanyakannya disebabkan oleh faktor janin itu sendiri, iaitu gen yang terhasil daripada pencantuman sperma dan ovum yang tidak normal, dan sememangnya faktor ini tidak boleh dielak atau dicegah.
.

Tetapi jangan risau, jika keguguran anda berpunca daripada faktor janin yang tidak normal ini,mengelakkan masalah keguguran berulang.

Apa yang penting untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad adalah :

  1. Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat

  2. Ovum yang matang

  3. Rahim yang kuat dan sihat

Berdasarkan sifir yang mudah kejayaan untuk kehamilan dari Dr Zubaidi seperti gambar diatas adalah

Kejayaan untuk Hamil = (Sperma + Ovum yang berkualiti & sihat ) + Rahim yang kuat

 .
PEMBENTUKAN embrio memerlukan satu telur (ovum) dan satu sperma yang sihat. Satu kajian melaporkan dalam setiap empat telur, hanya satu saja yang mempunyai struktur kromosom yang normal maka tidak hairanlah apabila diketahui peluang pasangan untuk hamil dalam mana-mana satu kitaran haid wanita hanya sekitar 25 peratus saja.

Ikhtiar dengan Pengambilan Vitamin Untuk Meningkatkan Kesuburan ,Menguatkan Rahim

Sesetengah wanita mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka telah mengalami tiga atau lebih keguguran berturut-turut. Selalunya selepas keguguran pertama, kekuatan rahim sudah terjejas, dan amat penting untuk anda menguatkan rahim dan elakkan keguguran dari berulang

READ :  7 Punca Keguguran Yang Paling Sering Terjadi

Antara Vitamin yang membantu adalah:

(a) Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel.
.
➡ fungsi yang sama dengan CLOMID (bahan untuk meransang kesuburan). Walaupun ia berbeza, tetapi ESP adalah bahan semulajadi kerana soya juga dikatakan mempunyai isoflavones yang boleh bertindak seakan hormon wanita dan turut membantu dalam penghasilan telur yang matang
.
➡ Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.
.
Menguatkan rahim ESP terdiri daripada protein dan fungsi utama protein adalah membina sel-sel baru dan membaiki sel-sel yang lama di dalam tubuh. Rahim yang lemah adalah berpunca daripada sel-sel di dalam tubuh yang rosak & ianya perlu dipulihkan dengan segera. Pendarahan yang kerap & banyak yang disebabkan oleh rahim yang lemah boleh membawa kepada risiko keguguran.

(b) GLA Complex

✅ Atasi masalah haid tidak teratur.

✅ Bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).

✅ Bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio

 Membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

 Menstabilkan hormon dalam badan

(c) B Complex

Paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

d) Vita E Complex

  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Vitamin E pun merupakan antioksidan yang meningkatkan kesuburan pada lelaki dan wanita.
  • Selenium di dalam vitamin E adalah bahan antioksidan yang membantu menolong untuk menghalang sel tubuh badan dari sebarang tindakan kimia radikal-radikal bebas.
  • Selenium yang terkandung dalam Vita E Cmmplex Shakleeboleh mencegah kromosom dari terpecah belah, iaitu sebab yang menjadikan bayi cacat dan keguguran juga membantu pembentukan sperma yang sempurna
  • Tingkatkan Kemampuan Reproduktif – Kajian telah mendapati vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Orang lelaki  yang mengambil 600IU – 800IU vitamin e sehari mampu meningkatkan jumlah sperma mereka.
  •  tambahan selenium dan vitamin e boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat pada kesihatan khasnya pada keaktifan sperma 

Apa  Kata Pengguna

# Testimoni 1 : sebelum ini 2 kali keguguran, sekarang sudah  3 bulan hamil!

Berjaya Hamil Setelah 2 Kali Keguguran : Set Kesuburan Shaklee,Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran , vitamin untuk masalah keguguran, cara elakkan keguguran berlaku,set berpantang selepas keguguran, cara berpantang selepas keguguran,elakkan keguguran,doa untuk elak keguguran,doa untuk elak keguguran bayi dalam kandungan

# Tetsimoni 2 : Pelanggan diatas berjaya hamil setelah 2 kali keguguran  dengan set kesuburan shaklee.

 Testimoni 3 : Walaupon kerja ulang alik KB -KK semasa mengandung, syukur eahim tidak terjejas – Puan jenny chain

esp kuatkan rahim,ubnat kuatkan rahim,elakkan keguguran,vitamin untuk rahim,ubat untuk rahim

Pelanggan diatas telah mengalami keguguran pada kehamilannya sebelum ini sebanyak 2 kali . Dan setelah beliau mencuba Set Kesuburan Shaklee, dengan izin Allah beliau berjaya hamil.

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Punca Keguguran Berulang & Rawatan was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.