Pengalaman Menjaga dan Merawat Anak Terkena Penyakit HFMD

Harini saya akan berkongsi pengalaman menjaga anak saya dari penyakit yang sedang hangat menular sekarang iaitu PENYAKIT TANGAN,KAKI DAN MULUT (klik info lanjut)  atau dikenali sebagai penyakit HFMD

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah dan mudah berjangkit berbanding orang dewasa.

 

Untuk anak yang terkena penyakit HFMD sebaiknya dikuarantin dirumah dan dari tempat awam untuk mengelakkan jangkitan pada kanak kanak lain
.

Tanda dan Gejala Penyakit Tangan Kaki dan Mulut adalah seperti :

  • Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 Celcius
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak dan mulut
  • Jangkitan saluran pernafasan
  • Cirit birit
  • Sakit kepala
  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
  • Tidak berselera untuk makan serta minum.

.

Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.
HFMD yang menyerang anak sulung saya

Sebelum ni saya hanya pernah dengar je penyakit tangan, kaki dan mulut ni.. tapi, sekarang betul betul merasai pengalaman anak terkena penyakit HFMD.

Rentetan Menjaga dan Merawat Anak Yang Terkena Penyakit HFMD

Sebelum disahkan

Nak dijadikan cerita.. sebelum disahkan anak sulung saya, damia tekena penyakit hfmd. Sehari dua sebelum tu ada naik biji biji kat kawasan tepi paha.. tapi saya ingatkan gatal biasa. Saya pon letakkan krim ruam & Damia ada tunjuk kat bibir ada naik sebiji ulser. Tapi dia rilek je..
 .
Main macam biasa..masih lasak. 😂
 .
 .

Hari kedua

Tanpa saya sedar Damia terkena penyakit HFMD,petang tu kitorang siap pergi ke kenduri pertunangan sepupu saya. Damia main macam biasa, tanda rengekan. Selesai kenduri, sempat lagi kita lepak kat pulau. Damia pon lari sana sini.
 .
Setelah selesai, saya balik. Waktu maghrib Damia mengadu gatal gatal, saya sangkakan kelopak garam atau gegata. Mandikan dia letak calamine lotion. Biasanya kalau kelopak garam akan naik satu badan, tapi… Damia hanya naik biji kemerahan jelas di tapak kaki, tangan.
 .
Naluri keibuaan dah kata “HFMD ni “,tapi masih nafikan lagi. Ayahnya pulak kata campak 😂.
 .
Disebabkan keletihan pukul 8 malam ,Damia dah lena tidur. Tapi, terjaga pukul 11 malam, Damia mengadu, merengek, menangis “ibu gatai.. semua banyak gigit kaki cha” . Resah gelisah dia. Terus malam tu jugak bawak dia ke klinik. Nasibla klinik buka lagi
 .
Setelah diperiksa, Damia disahkan HFMD dan doktor cakap sekarang memang “musim HFMD”. Dibekalkan ubat antibiotik, ubat sapu, ubat demam dan ubat gatal.Seperti biasa, ubat antibiotik yang dibekalkan perlu dihabiskan (elakkan amal penggunaan antibiotik setiap kali anak sakit, sebaiknya go fo natural remedies)
 .
Menurut doktor, ada kanak kanak yg kena HFMD selepas demam.. dan ada jugak kena penyakit HFMD tanpa demam.
 .
Malam tu maknya jadi burung hantu la..Pukul 2 pagi jugaklah Mia tidur, tu pun tidur dalam keadaan resah gelisah sebab gatal gatal.
 .
 .

Hari Ketiga

Bermulalah episod kuarantin, takut berjangkit dengan kanak kanak lain .Saya juga limitkan masa main Damia dengan adiknya adam (6 bulan) .
 .
Ulser dalam mulut makin jelas kelihatan (dalam 3-4 biji jugak laa)
 .
Bintik merah, melepuh makin banyak… tapi setakat ni Mia takde lagi merengek siang hari. Cuma selera makan berkurang, waktu dia tidur je baru bagi dia minum susu. Kalau tak jangan harap la dia nak minum.
 .
Malam ni tidur nyenyak, walaupo sebelum tu ada episod merengek, ngadu gatal kaki semut banyak gigit 😂😂
 .
 .

Hari keempat dan seterusnya

Bintik bintik melepuh masih ada, tapi Damia dah tak merengek macam hari hari sebelumnya. Dah main dengan aktif, selera makan pon dah makin baik .
 .
 .

Seminggu kemudian…

Alhamdulillah, HFMD yang jadi pada Damia hanya ambil masa 4 hari untuk kembali aktif. Bekas blister atau melepuh pada kaki dan tangan akan jadi mengelupas seperti gambar dibawah
 

Apa rahsia HFMD Damia cepat sembuh?

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, penyakit HFMD ini adalah disebabkan jangkitan virus Coxsakie. Jadi, sangatlah penting untuk kita sebagai imun untuk membantu anak kita tingkatkan sistem imun untuk menentang jangkitan dari luar

 

#1 : Tingkatkan Imun Badan 

Saya bekalkan Damia dengan makanan tambahan seperti Chewable Vita C Shaklee dan Mealshake.

Bila sistem pertahanan badan lemah, askar dalam badan (antibodi sendiri) tak mampu melawan serangan musuh dari luar (virus,kuman,bakteria). Jadi, sebaiknya sediakan askar askar dalam keadaan bersedia menghadapi musuh

Chewable Vita C dengan rasanya yang masam masam ala gula gula. Saya berikan pada Damia untuk mengunyah.

.

#2 : Anak Cergas & Selera Makan Bertambah

Manakala MealShake pulak, saya masukkan kedalam susu . Antara manfaatnya adalah :

 

#3 : Sapuan Bagi Meredakan Kegatalan

Untuk sapuan pada lepuhan kulit atau blister , saya sapukan dengan Herbal Blend Cream yang mempunyai rasa kesan dingin pada kulit dan dalam masa yang sama membaikpulih kulit anak dan dapat membantu kurangkan kegatalan pada kulit

 

Dalam masa 3 hari tu perubahan sangat positif. Walaupun lepuhan atau blister masih ada tapi Damia Tetap aktif bermain

  • Rengekan dah berkurang
  • Tidur lena dimalam hari
  • Selera makan semakin baik
Inilah antara serba sedikit pengalaman saya membantu Damia kembali sembuh dan mengelakkan anak kesayangan saya dari kembali dijangkiti jangkitan virus atau kuman dari luar.
 .
Walaupon penyakit HFMD ini tak mempunyai risiko yang keterlaluan, tapi cukup membuatkan hati kita sebagai ibu saya melihat ada menangis,merengek tak selesa.
 .
Jangan perjudikan kesihatan anak anak kita.
 .
Cabaran saya kali ini adalah lebih hebat iaitu bagaimana nak elakkan penyakit kaki tangan dan mulut ini dari berjangkit pada adik Damia , Adam (6 bulan). Doakan saya ye .Hihi
———————————–
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
.
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
.
ATAUPUN♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 

untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
———————————
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge