Pendarahan Selepas Bersetubuh Petanda Tak Baik Pada Rahim Anda

Pendarahan selepas bersetubuh bukanlah sesuatu masalah yang asing bagi kita. Memang ada sesetengah wanita mengalami masalah ini dan tidak mengambil apa apa langkah seterusnya atau ambil ringan dengan masalah pendarahan selepas bersetubuh ini . dan akhirnya mungkin kesannya memudaratkan diri sendiri.
 
Saya petik artikel dari Dr Zubaidi Ahmad mengenai tajuk ini untuk diperbincangkan . Jom kita baca!
pendarahan, pendarahan selepas bersetubuh, keluar darah bila bersama suami

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan”

 

Pendarahan selepas bersetubuh mungkin dianggap normal bagi pasangan yang baru berkahwin disebabkan “pecah dara”. Tapi, tak semua pasangan yang baru berkahwin wajib ada darah sebagai tanda masih dara . Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya.
 
Tetapi, yang menjadi persoalannya adalah bagi mereka yang sudah lama menempuh alam rumahtangga dan mengalami pendarahan selepas bersetubuh. Adakah ianya normal?
 
Ada kemungkinan ia merupakan petanda awal kepada penyakit yang lebih serius. Kemungkinan ia adalah salah satu tanda awal penyakit kanser pangkal rahim (kanser serviks)
 
Ia mungkin juga terjadi disebabkan isteri dalam keadaan yang tidak bersedia, atau kurang lendiran syahwat semasa hubungan intim itu akibat kurang ransangan syahwat oleh suami (kekeringan vagina). Bagi yang mengalami masalah ini, anda boleh membaca artikel penuh mengenai  cara mengatasi masalah kekeringan vagina
 
Selepas fasa pecah dara, sepatutnya tiada lagi masalah pendarahan selepas bersetubuh. Jika ia berpanjangann, sebaiknya rujuk segera dengan pakar perubatan atau doktor. Jangan berlengah!
 

Lendiran bercampur darah selepas hubungan intim

“Assalamualaikum doktor. Saya berumur berumur 36 tahun. Masalah saya ialah apabila selesai saya bersama suami saya (mengadakan hubungan intim), saya perasan ada lendiran bercampur darah cair. Perlukah saya berjumpa doktor?”

Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, terutama apabila berusia 40an.

Menurut pakar sakit puan, apabila seorang pesakit datang mengadu ada keluar spot darah setiap kali selepas bersetubuh, pakar menganggap ianya sebagai kes kecemasan kerana ia mungkin merupakan simptom kanser pangkal rahim.
 
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan Pap smear bagi mengetahui masalah sebenar punca pendarahan itu. Sekiranya terdapat kelainan pada sel rahim, doktor akan membuat ujian secara berkala dan kemungkinan biopsi akan dilakukan. Anda boleh rujuk artikel penuh mengenai gejala dan rawatan untuk kanser pangkal rahim.
Namun, bukan semua spot darah yang keluar selepas bersama suami merupakan tanda kepada kanser rahim. Terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong seperti:

 

Punca-punca pendarahan  selepas bersetubuh seperti ini ialah:

1. Kanser pangkal rahim (Cervical cancer)
2. radang pada pangkal rahim (Cervical dysplasia dan Cervicitis)
3. Luka lelasan pada faraj akibat perlakuan seks yang ganas
4. Kurang lendiran syahwat semasa hubungan intim itu akibat kurang ransangan syahwat oleh suami
5. Kekeringan pada faraj akibat menopause
6. Pendarahan dari rahim akibat kanser rahim
7. Pendarahan akibat pengamalan pil perancang atau pil hormon
8. Radang pada faraj (vaginitis)
Jadi saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor dan Pap smear. Ini kerana ada kalanya pendarahan bersama suami adalah suatu yang tidak merbahaya, tetapi boleh jadi sesuatu yang sangat bahaya.
 
Walaubagaimanapun, pengambilan langkah awal sangat digalakkan untuk mengelakkan satu-satu penyakit menjadi lebih teruk
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
ATAUPUN♥ Walk in ke mana cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang
berdekatan dengan anda, Sila gunakan ID 866457 

untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
☑ -Layak dijemput ke ekslusif group di FB.

 

———————————–
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like

11 Comments

  1. Assalamualaikum, saya ingin bertanya.. Saya datang period lebih dari 15hari? Apa kaa itu masih darah haid atau bukan? Sebab kadang darah sya tidak keluar dlm satu hari, tp apabila sya bersetubuh dgn suami sya darah itu keluar lg? Apa kaa sya patut jumpa dgn doktor?

  2. Assalamualaikum, na tnya .. sye bersalin bln 2 ai tu .. n baby sye pn da 8 bln .. tpi stiap kli sye brstbuh nan suami sye , kuar darah nan lendir sngt bnyk .. mcm mne tu ye .. adkh prkra biasa slpas brsalin ke cmne ..

  3. saya baru berkahwin..dah nak masuk sebulan..jikalau saya baru lepas bsetubuh…hari2 berikutnya keluar darah sedikit warna coklat permulaan dan berikutnya drah merah…tp sedikit..setompok…adakah tanda2 nk kne kanser pangkal rahim ke?adakah akan mnghadapi kesulitan tuk mendapatkan baby?

  4. Saya ingin bertanya saya berumur 36tahun Dan Belum di kurniakan cahaya Mata lagi.
    Saya khuatir Kerana Sejak Perkahwinan ke 2 sy apabila melakukan hubungan kelamin Selepas keesokan Hari sy dapati Ada Sesuatu keluar Dan saya dapati darah dan keputihan yg berketul macam susu basi. Keadaan ini kadang kala merungsingkan saya dan setiap Kali untuk Sholat saya kena Mandi Kerana was was.Boleh sy dapatkan pendapat Dan nasihat apa Harus saya lakukan

    1. assalammualaikum puan, untuk masalah yang puan nyatakan diatas. sebaiknya saya sarankan puan untuk bertemu dengan doktor dan lakukan pemeriksaan paps smear untuk check kesihatan rahim dan faraj kita untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih kronik. Disamping itu, masih belum terlewat untuk puan ikhtiar dengan rawatan moden atau tradisional dengan masalah yang dihadapi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge