Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang

Tempoh pemulihan semasa bersalin adalah penting bagi seorang ibu bagi mengekalkan kesihatan dan keperawanan luar dan dalam.Almaklumlah tempoh mengandung dah berbulan bulan dan pengorbanan saat melahirkan anak sangat meletihkan dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental
 .
Jadi sebab itulah penting bagi para ibu untuk menempuh tempoh berpantang walaupun agak merenyahkan, tempuhlah dengan sabar.Maklumlah, badan kita tak ada spare part kat kedai, nak pakai lama perlulah sabar dan berdisiplin
.

Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin. Ada yang bagus untuk kita ikutkan ,dan ada kurang relevan :

Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)

Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
.
Pakai stokin semasa berpantang adalah perkara wajib bagi saya. Selepas masuk wad bersalin setelah melahirkan, saya akan lumur minyak berurut dan pakai stokin. Biasanya 2 minggu pertama sangat penting.
 .

Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Yang logiknya, takut luka bersalin terbuka..parah jawabnya kalau terbuka. Terpaksa ke hospital untuk dijahit balik. Kesian badan -__-

Untuk cepat sembuhkan luka bersalin,saya amalakan Vitamin C Shaklee. Dah 2 kali bersalin, alhamdulillah…luka bersalin kering kurang dari 2 minggu. Sumpah,tak tipuu

READ :  5 Tips Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Set Berpantang

Disebabkan pantang larang ini ada setengah ibu ibu yang biasa membuang air besar secara mencangkung , rasa takut untuk membuang. Ada pulak yang tahan diri dari membuang air besar berhari hari. Jangan ye…takut sembelit kang lagi susah!

Saya pun tak pandai membuang di tandas duduk sebab terbiasa dari kecik pakai tandas mencangkung tu. Cuma bila di tandas mencangkung, rapatkan kaki.Insyaallah takde apa 🙂 Untuk melawaskan dan senang membuang , saya amalkan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, sepanjang berpantang takde lagi kena sembelit

.

Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

.

Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula dan mempercepatkan pecantuman luka jahitan semasa bersalin.

Untuk mempercepatkan proses luka jahitan,saya amalkan Zinc Complex setiap hari. Alhamdulillah, seminggu dua selepas bersalin luka jahitan dah sembuh sepenuhnya dan saya mampu menjaga bayi semasa berpantang tanpa bantuan ibu

.

Jangan Terlalu Aktif

Jangan terlalu aktif disini bukannya bermakna duduk diam tak buat apa apa ye ibu ibu 🙂 Sebaiknya jangan lah terlalu aktif seperti mengangkat benda berat, melakukan kerja rumah yang terlampau. Ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

.

Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

READ :  Persediaan Berpantang yang Sesuai Untuk Ibu Kepada Bayi G6PD

Bagi saya, terpulang pada anda..ini adalah amalan tradisional. Tapi kalau ibu ibu nak lelapkan mata sekejap. Takde masalah. Yelakan, malam hari kita dah berjaga,menyusukan anak..Siang hari la waktu nak qada tidur.Hihi

.

Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

ya, sebaiknya elakkan tidur waktu senja.

.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Lagipun,anak anak kecil ni biasanya hijab terbuka untuk melihat makhluk halus ni. Takut terkena gangguan. Jika ibu hendak keluar bersama bayi, bacalah surah atau ruqyah untuk elakkan bayi dari gangguan.

.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Kerana ada info yang saya baca, ibu kaki mempunyai kaitan dengan peranakan wanita.

.

Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Ada juga ibu ibu yang berpantang selama 44 hari. Terpulang pada individu masing masing dan bergantung pada tahap kesihatan seseorang itu. Jika anda menjalani proses kelahiran yang sukar , sebaiknya berpantanglah lebih lama sedikit untuk tubuh anda kembali sihat dan cergas seperti biasa.

READ :  Buasir Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin : Risiko dan Rawatan

Bab berpantang untuk bersama suami tu, sebenarnya dalam Islam bila dah habis darah nifas adalah boleh suami isteri bersetubuh. Tapi, berbalik pada kondisi ibu yang masih lemah. Sebaiknya , suami perlulah bertoleransi dan bersikap timbang rasa.

Vitamin Shaklee Semasa Berpantang

Untuk mengembalikan kesegaran tubuh, kesihatan ibu dan anak , penyembuhan yang cepat untuk luaran dan dalam si ibu . Shaklee memperkenalkan Set Berpantang Shaklee yang sangat membantu ibu dalam berpantang lebih kekal cergas dengan berbagai kelebihan nya.

 

ciri-ciri dan kelebihan  menggunakan set bersalin Shaklee ini . Saya mahu anda anda juga dapat mendapat faedahnya seperti yang pernah saya alami
✅ Terbukti Membantu Menurunkan Berat Badan Si Ibu Kepada Asal
✅ Selamat Dimakan 
✅ Melengkapkan Nutrisi yang Diperlukan Badan
✅ Membantu Meningkatkan Aliran Susu Badan
✅ Si ibu Lebih Cergas Dan Bertenaga
✅ Cepat Menyembuhkan Luka Bersalin Normal @ Pembedahan
✅ Menstabilkan Emosi Si Ibu Semasa Berpantang
✅ Tempoh Berpenggunaan yang Lama
✅ Harga Yang Berpatutan
✅ Meningkatkan Sistem Imun Si Ibu dan Anak
✅ Mencantikkan Kulit Si ibu 
✅ Membantu Tumbesaran Bayi 
.
Untuk info lanjut mengenai SET BERPANTANG SHAKLEE  (disini)
————————————
Saya Nornadia Mansor ,  ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
ATAU
 .
♥ Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif
☑ Konsultasi percuma berterusan
Pantang Larang Semasa Dalam Berpantang was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

Link Berkaitan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.