Ketahui 6 Golongan Yang Perlukan Lebih Protein

siapa perlukan protein,fungsi protein,kegunaan protein,esp shaklee,protein shaklee

Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum.

Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda.

Kenapa kita perlukan protein?

risiko kekurangan protein,tanda kekurangan protein

Badan kita memerlukan protein untuk membina struktur asas tubuh iaitu otot, organ, kalenjar, tulang dan gigi. Protein juga adalah komponen utama kepada hormon manusia.

Asid Amino ialah unit asas protein. Protein bertujuan untuk membina sel, memperbaiki tisu, pembinaan enzim, antibodi dan hemoglobin serta membekalkan tenaga.

Ketahui 6 Golongan Yang Perlukan Lebih Protein

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA?

 😎 BINA BADAN

bina badan dengan protein,protein untuk bina otot badan

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:

  •  Membina semula dan memperbaiki otot.
  •  Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

Ketahui selanjutnya —> Bina Badan dan Otot Secara Berkesan Dengan Pengambilan Protein

TIP: Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.

.

 😎 BAKAL IBU (IBU MENGANDUNG)

ibu mengandung perlu protein

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:

  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
  •  Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.
  •  Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

Ketahui lebih lanjut —> Khasiat & Kelebihan Protein Untuk Ibu Mengandung

READ :  Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

.

 😎 IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk:

  •  Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
  •  Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.

.

 😎 PERTENGAHAN USIA

pertengahan usia .kepentingan protein

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk:

  •  Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
  •  Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi

Ketahui selanjutnya  —>

TIP: Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi.

.

 😎 MENJAGA BERAT BADAN

jaga berat badan,diet ,diet dengan protein

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan sesorang dengan kadar metabolisme yang rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:

  •  Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  •  Membantu mengawal pengambilan kalori  untuk pengambilan makanan seterusnya.
  •  Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda.

Ketahui selanjutnya —> Protein Membantu Menurunkan Berat Badan dan Rasa Kenyang Lebih Lama 

READ :  Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa Yang Perlu Anda Tahu

.

 😎 PENGGEMAR MANISAN

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. Ambil lebih protein untuk:

  •  Menstabilkan paras gula dalam darah.
  •  Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.

BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein.

Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat.

Protein Terbaik Dari Shaklee

Shaklee ,syarikah makanan tambahan yang berusia lebih 100 tahun memperkenalkan ENergizing Soy Protein . Ketahui fungsi dan kelebihan Energizing Soy Protein

.

Kenapa Energizing Soy Protein Shaklee Terbaik?

  • telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan.
  • mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.
  • setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya
  • meningkatkan tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
  • mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia
  • sesuai untuk semua peringkat umur – tua atAu muda.
READ :  PARUT JERAWAT HILANG DENGAN SHAKLEE VITAMIN E

Rujukan:

1. Paddon-Jones D, Short KR, Campbell WW, Volpi E, Wolfe RR. Role of dietary protein in the sarcopenia of aging. Am J Clin Nutr. 2008;87(5):1562S-1566S.

2. Ramdath, D. D., Padhi, E. M. T., Sarfaraz, S., Renwick, S., & Duncan, A. M. (2017). Beyond the Cholesterol-Lowering Effect of Soy Protein: A Review of the Effects of Dietary Soy and Its Constituents on Risk Factors for Cardiovascular Disease. Nutrients, 9(4), 324. http://doi.org/10.3390/nu9040324

3. Dong, J., Zhang, Z., Wang, P., & Qin, L. (2013). Effects of high-protein diets on body weight, glycaemic control, blood lipids and blood pressure in type 2 diabetes: Meta-analysis of randomised controlled trials. British Journal of Nutrition, 110(5), 781-789. doi:10.1017/S0007114513002055

4. Barbara Parker, Manny Noakes, Natalie Luscombe, Peter Clifton. (2002). Effect of a High-Protein, High–Monounsaturated Fat Weight Loss Diet on Glycemic Control and Lipid Levels in Type 2 Diabetes. Diabetes Care Mar 2002, 25 (3) 425-430.

————————————

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(ii) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.