Hepatitis B : Bagaimana Cara Mengatasi dan Mencegah Dengan Berkesan

Hepatitis B. Penyakit yang pernah menyerang ibu mertua saya pada tahun 2016 ..dengan bacaan bilirubin dan ALT yang sangat tinggi (rujuk disini :Semak Bacaan Ujian Kesihatan Hati , LIVER FUNCTION TEST (LFT) .
.
Akhirnya, ibu mertua saya disahkan menghidapi Hepatitis B dan beliau ditahan diwad selama sebulan untuk pemantauan ketat. Selepas keluar daripada wad, ibu mertua saya perlu disiplin dengan rawatan susulan dan pengambilan ubatan yang disediakan.
.
Sekarang ,Alhamdulillah ibu mertua saya pulih sepenuhnya cuma ada beberapa kesan sampingan daripada ubatan .
.
Hepatitis B adalah masalah kesihatan awam yang serius di Malaysia. Menurut rekod Kementerian, 1.4 juta rakyat Malaysia menderita akibat hepatitis B. Kebanyakan mereka yang dijangkiti berusia di antara 25 hingga 55 tahun. Selain itu, dianggarkan bahawa satu dalam setiap 20 kes penyakit hati kronik adalah disebabkan oleh virus hepatitis B.
.
READ :  Semak Bacaan Ujian Kesihatan Hati , LIVER FUNCTION TEST (LFT)

Apa Itu HEPATITIS B ?

Hepatitis B adalah masalah radang hatiyang berpunya dari  Virus Hepatitis B (HBV) dan boleh berjangkit. Hepatitis B boleh membawa maut jika tidak dirawat.
.
Virus hepatitis B  ini menyebabkan radang hati AKUT (jangka pendek)  dan KRONIK (jangka panjang .
  • Hepatitis B AKUT – bertahan kurang dari 6 bulan, Sistem imun anda mungkin dapat membersihkan hepatitis B akut dari tubuh dan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa bulan.
  • Hepatitis B Kronik – jangkitan berlangsung lebih dari enam bulan. Ini kerana sistem imun tidak mampu melawan jangkitan. Jangkitan hepatitis B kronik mungkin bertahan seumur hidup, dan bermungkinan besar membawa kepada penyakit serius seperti sirosis dan kanser hati.

Bagaimana Virus Hepatitis B Merebak dan Berjangkit?

Jangkitan Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan.
.
Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Ia tidak merebak melalui  bersin atau batuk.
.
Virus hepatitis B  merebak dengan beberapa cara. Antaranya :
.
(i) Berkongsi jarum suntikan – HBV mudah merebak melalui jarum dan jarum suntikan yang tercemar dengan darah yang dijangkiti. Perkongsian ubat ubat IV meletakkan anda pada risiko tinggi hepatitis B.
.
(ii) Hubungan seks  – Anda mungkin mendapat hepatitis B jika anda mempunyai hubungan seks yang tidak dilindungi dengan seseorang yang dijangkiti. Virus ini boleh disampaikan kepada anda jika darah, air liur, air mani atau cecair vagina yang masuk ke dalam badan anda.
.
(iii) Kecederaan atau kemalangan  terutamanya kepada pegawai kesihatan (seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)
.
(iv)Wanita hamil yang dijangkiti dengan HBV boleh menyebarkan virus kepada bayi mereka semasa melahirkan anak. Walau bagaimanapun, bayi yang baru lahir boleh divaksin untuk mengelakkan dijangkiti
.
(v) Sentuhan  darah ,dengan orang yang dijangkiti melalui pemndahan darah, hemodialisis.
.
Satu lagi LANGKAH PENCEGAHAN untuk hepatitis B yang paling berkesan adalah melalui VAKSIN. Penghasilan vaksin untuk melawan hepatitis B telah pun bermula sejak akhir tahun 70-an dan pada 1982-1986 vaksin hepatitis B telah diwajibkan kepada semua bayi yang baru lahir di Malaysia.
.
Oleh sebab program vaksinisasi inilah, bilangan pesakit hepatitis B telah turun mendadak dan komplikasi akibat hepatitis B semakin berkurangan.
.
READ :  Elakkan Penyakit Hati dan Hepatitis dengan Set Kesihatan Hati Shaklee

Simptom  atau Gejala Hepatitis B

Ramai orang tidak mengalami gejala semasa jangkitan awal. Hepatitis B biasanya menunjukkan simptom  kira-kira satu hingga empat bulan selepas dijangkiti. Sesetengah orang, biasanya kanak-kanak kecil, mungkin tidak mempunyai sebarang gejala.
.
Antara simptomnya adalah
  • Demam
  • Loya, muntah-muntah
  • Kurang selera makan *
  • Mudah letih dan tak bertenaga  *
  • Sengal-sengal badan
  • Air kencing berwarna keruh
  • Jaundis, iaitu kekuningan dibahagian putih mata. *

Sama kes seperti ibu merua saya, tidak mengalami sebarang simptom yang mencurigakan kecuali beliau berasa letih dan kurang selera makan, dan terus ke klinik apabila suami saya tegur “kenapa mak nampak kuning sangat”( dah tahap jaundis / demam kuning) dan kami terus bawanya ke hospital.

Komplikasi Jangkitan Hepatitis B

Memandangkan kebanyakan pembawa tidak mempunyai simptom, kegagalan untuk mengenalpasti dirinya sebagai pembawa akan mendedahkannya kepada komplikasi-komplikasi lewat akibat hepatitis.

kesihatan hati,hati berlemak,hati rosak,hati mengeras

Antaranya:

(i) Sirosis Hati (cirrhosis) 

 Akibat radang yang berpanjangan, hati boleh menjadi ‘keras’ atau dipanggil ‘cirrhosis‘. Apabila berlaku cirrhosis ini, maka ia akan menyebabkan tekanan tinggi di dalam salur darah di dalam abdomen. .

Tekanan yang tinggi inilah akhirnya akan menyebabkan salur-salur darah di dalam abdomen membengkak dan menyebabkan cecair berkumpul di abdomen atau dipanggil ‘busung’ dan paling ketara apabila kedua-dua belah kaki mula membengkak.

Sekiranya tekanan didalam salur darah ini terlalu tinggi, salur darah ini akan pecah dan pesakit akan mula muntah darah.

.

(ii) Kanser Hati

Majoriti pesakit kanser hati datang ke hospital apabila telah sampai ke tahap akhir kanser kerana mereka tidak tahu bahawa mereka adalah pembawa virus hepatitis. Kanser hati adalah sangat sukar dirawat sekiranya berada ditahap pertengahan atau akhir. Hanya diperingkat permulaan kanser, ianya mampu dirawat dengan berkesan

Langkah Pencegahan dari Hepatitis B

(i) Imunisasi bagi hepatitis B terkandung di dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Ia diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia melalui 3 dos dengan dos pertama ketika lahir dan dos-dos seterusnya pada usia 1 bulan dan 6 bulan
.
(ii) Ketahui status HBV pasangan seksual. Jangan terlibat dalam seks tanpa perlindungan melainkan anda pasti pasangan anda tidak dijangkiti HBV atau mana-mana jangkitan seksual yang lain. Jika anda tidak mengetahui status kesihatan pasangan anda. Ingatlah bahawa walaupun kondom dapat mengurangkan risiko anda mengidap HBV
.
(iii) Elakkan penyalahgunaan dadah dan berkongsi jarum. (seperti apabila menjalani rawatan akupunktur, menindik telinga atau mencacah tatu).
.
(iv) Jangan berkongsi barangan persendirian (seperti berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting dan pinggan-mangkuk).
.
(v) Jika anda seorang pembawa kuman virus, tutup luka atau kudis dan buangkan barang-barang yang telah digunakan dengan berhati-hati. Ia mungkin mengandungi darah atau cecair badan lain.

Bagaimana Set Kesihatan Hati Membantu Atasi Hepatitis B?

set hepatitis b,ubat hepatitis b,sembuh hepatitis b,ubat hepatitis b

1. DTX Complex

Untuk penyakit hepatitis, sangat digalakkan untuk ambil suplemen berasaskan herba kerana herba dapat menyahkan dan membuang semua mendapan daripada toksik dan bahan kimia pada hati. Apabila hati bersih dan sihat bolehlah anda pertimbangkan suplemen dan vitamin asas yang lain.

Herba yang penting untuk membantu detox hati adalah:

  • Artichoke – meningkatkan keberkesanan hati selepas detox, membantu membina sel baru untuk hati.
  • Dandelion
  • Schizandra
  • Kunyit / Cucurmin
  • Milk Thistle Seed

Semua herba di atas sangat digalakkan dan semuanya ada dalam DTX Complex.

.

2. Vivix

Vivix dapat membantu untuk detox keseluruhan badan terutama bahagian hati. Ia juga dapat menormalkan kembali kandungan beralkali dalam badan.

.

3. Nutriferon

Nutriferon mengandungi interferon yang bertindak melindungi kita daripada sebarang penyakit influenza dan pelbagai penyakit lagi. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon juga dibuat untuk merawat penyakit hepatitis, anjing gila, kanser dan HIV. Namun suntikan ini sangat mahal dan hanya diberikan untuk memperlahankan virus dalam badan.

Nutriferon pula sesuatu yang mudah didapati dan boleh diambil selalu oleh sesiapa sahaja dan fungsinya untuk meningkatkan interferon dalam badan kita.

Testimoni Set Kesihatan Hati untuk Hepatitis B

# TESTIMONI 1  ; Ayah menghidap Hepatitis B dan Kanser Hati, 

ubat hepaitits b , testimoni hepatitis b,sembuh dari hepatitis b

.

# Testimoni 2

Untuk penyakit HEPATITIS B, seperti ini sngat digalakkan ambil Vivix kerana vivix ada kandungan antioksidan yg kuat. Penyakit bertambah teruk kalau sistem pertahanan tubuh pon lemah, so memang perlu pastikan imun sistem kita kuat. Ambil vivix, imun sistem makin kuat & sel2 rosak dibaharui..

Sekiranya anda didiagnos dengan hepatitis B (atau jenis hepatitis yang lain), usah panik. Paling penting anda harus bertenang dan dapatkan nasihat doktor untuk panduan kesihatan. Set hepatitis B Shaklee menyediakan nutrisi sihat untuk hati anda mengelakkan keradangan dan mendapatkan hati yang sihat.

Jom dapatkan sekarang

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.