Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Detik melahirkan, memang mencemaskan. Walaupon ibu dah beranak 8 sekalipun, bila waktu nak bersalin pasti ada sedikit gentar. Tapi bila dikenangkan tak sabar nak tengok ahli baru, rasa sakit tu terus diperjuangkan. Allahu.. Allah saja yang tau bagaimana si ibu menempuhi saat saat ini.
 
Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita ( dipanggil VE). Selagi tak cecah 4-6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin.
Ada orang menderita berhari­ hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

Pengalaman Saya 

Pengalaman melahirkan 2 orang cahaya mata dengan berbeza beza . Untuk anak pertama saya, Damia. Syukur alhamdulillah, walaupun saya melahirkan secara induce tapi hanya melalui sakit kontraksi hingga bersalin selama 6 jam.
Saya diinduce melalui faraj buat kali ketiga..tapi takde sebarang tanda atau sakit lansung. Akhirnya masa buat selukan , pukul 7 malam, doktor cakap dia dah dapat rasa kepala baby,tapi bukaan masih takde.
 
Jadi doktor tolong tarik baby kedepan semasa buat selukan tu. Jadi mulalah ada tanda lendir darah nak bersalin. Sakit kuat masa pukul 11 lebih sampai ke pukul 3. Akhirnya ditolak ke bilik bersalin . Pukul 4.49 selamat melahirkan

Lain pulak pengalaman melahirkan anak kedua saya, Adam. Saya pergi ke hospital pukul 7.30 malam. Disebabkan ketuban pecah melebihi 12 jam , jadi doktor masukkan cecair Pitocin  melalui tangan untuk cepatkan bukaan. 8.30 malam dah rasa sakit kontraksi, pukul 10.30 malam Alhamdulillah selamat bersalin.

Sebenarnya, macam macam cara dan tips untuk cepatkan bukaan rahim . Tapi, saya sharekan beberapa tips yang terbaik 🙂 

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.

2. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Ada yang jenis minyak, ada yang jenis minum.
 
Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil.
 
Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
 
Dalam kes saya, saya hanya minum selusuh buatan suami (DIY selusuh) dgn air zam zam, boleh rujuk link (disini)
 

3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu

 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
“Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”. – Surah Al- Anbiya, Ayat 87
 
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
Pengalaman saya bersalin di Hospital Seberang Jaya memang menakjubkan. Alhamdulillah, saya dirawat, diseluk, disambut bayi oleh doktor wanita . Apa yang mengharukan, setiap kali buat check laluan, nurse dan doktor akan baca doa ni sebelum mulakan tugas. Doktor lelaki tetap ada, tapi hanya duduk dihujung untuk mencatit dan memantau.
 
4. Minta maaf dengan orang terdekat
Yang ni part paling touching macam drama korea. Dekat ­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa dan orang terdekat dengan kita, lebih ­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat.

Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, sekurangnya kita dah sempat minta maaf.

 
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
Cara ini menjadi pada saya, puas saya berjalan kehulu kehilir dengan sakit kontraksi yang kuat tapi tak dapat mengurangkan rasa sakit. Bila baring , alhamdulillah kurang lah sikit

Saya cuba applykan teknik ni semasa nak melahirkan anak kedua. Alhamdulillah. Sakit contraction sampai bersalin hanya 1jam setengah je..Nurse pon terkejut, dah penuh bukaan 10cm ..hihi. Cepatkan?

 
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
 
Itulah dia cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan.
 

Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, 
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 
ATAUPUN
 
♥ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan ♥
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ Jadual pengambilan vitamin
☑  Tips ekslusif 
☑ Konsultasi percuma berterusan 
 
————————————
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge