Atasi Senggugut : Senggugut Teruk Petanda Tak Baik Pada Rahim

senggugut teruk,bahaya senggugut,endometriosis
Yess! Senggugut teruk sangat bahaya sebenarnya. Dalam hal-hal macam ni kita memang kena titikberatkan. Kena ambil tahu. Jangan bila masuk alam perkahwinan baru nak mencari info.
.
Alhamdulillah, saya sendiri mengalami senggugut biasa seperti sakit pinggang sebelum datangnya haid. Ada juga sesetengah wanita yang alami senggugut yang teruk sehingga tak boleh bangun, hanya terbaring dikatil. Ada setengah tu, sampai pengsan!
.
Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang merupakan masalah biasa yang dialami
.
Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kekerapan sakit antara skala 1-10 dan kesan senggugut.
.
Kebiasaan ayat ‘ alaa,muda lagi. Senggugut memang macam ni,esok lusa baiklah’ .
.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan di dalam saluran peranakan.

senggugut teruk,bahaya senggugut,endometriosis
 

Kisah Benar : Senggugut Teruk Sangat Berbahaya !

SENGGUGUT ,JANGAN PANDANG RINGAN !

.
Pesakit ini telah lebih 3 tahun kahwin tapi tidak pernah hamil. Setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy, rahim di depan,usus di belakang dan kelihatan ovari berwarna putih dan di dalamnya ada endometriotic cyst.
.
Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid. Warna coklat kehitaman itu adalah darah kotor yang terkandung dalam endometriotic cyst dalam ovari (warna putih).
.
Penyakit endometriosis merosakkan organ-organ peranakan. Dalam gambar sebelumnya, pesakit mengalami ovari rosak yang menyebabkan kadangkala saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini menyukarkan proses pencantuman benih lelaki & telur perempuan
senggugut teruk,set senggugut shaklee,endometriosis
Kandungan endometriotic cyst – ia juga digelar dengan nama ‘chocolate cyst’
 

Bagaimana Terjadinya Senggugut?

Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
.
‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
 

 Senggugut Teruk dengan Endometriosis 

Terdapat sebilangan kecil wanita yang menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit ‘endometriosis’ iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan.
.
Kaitan ini hanya jika penyakit ‘endometriosis’ ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan ‘endometriosis’. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap ‘endometriosis’ hanya pada peringkat awal sahaja.
.
Lazimnya, senggugut  akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika ‘endometriosis’ ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti.
.
Kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang.
 

Tanda Senggugut Teruk Yang Perlu Diawasi

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas. 
  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan sederhana dan mengejang
  2. Haid tidak teratur dan jumlah pusingan hari juga tidak tetap.
  3. Gumpalan di dalam darah yang keluar sebagai darah haid.
  4. Kesakitan yang teramat dalam tempoh 24 jam pertama.
  5. Kesakitan selalunya berlaku sebelum atau ketika kedatangan haid.
  6. Senggugut yang teruk, bermula sejak umor remaja dan tidak hilang lepas kahwin.
  7. Senggugut dan tidak hamil selepas lebih setahun kahwin.
  8. Senggugut dan hamil tetapi sering gugur diawal kehamilan.
  9. Sakit atau tidak selesa waktu persetubuhan dengan suami.
  10. Rahim retroverted (kebelakang) bila discan oleh doktor pakar gyne , berserta tanda senggugut dan sukar hamil atau sering gugur.
READ :  Kos Rawatan Kesuburan Sepanjang Tempoh TTC, Pendedahan Seorang Wanita

.

senggugut teruk,bahaya senggugut,endometriosis

 

Risiko Lain untuk Senggugut Yang Teruk

Senggugut yang teruk biasanya melibatkan senggugut jenis sekunde, berkait rapat dengan penyakit organik seperti penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari.
.
Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid.
.
Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah:
  1. ENDOMETRIOSIS – Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.
  2. FIBROID – Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus. Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  3. PELVIK – Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
  4. ‘INTRAUTERINE DEVICE’ atau ‘IUD’ – Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.
  5. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  6. Kanser Rahim
 

Vitamin Shaklee Yang Membantu Melegakan Senggugut

set senggugut shaklee,hilangkan senggugut,legakan senggugut

Fungsi Set Senggugut Shaklee

GLA Complex 

  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
  • Mengecutkan penyakit endometriosis atau cyst yang tumbuh pada rahim wanita
  • Menstabilkan hormon  dan membantu menstabilkan kitaran haid wanita
.

Ostematrix (Kalsium)

  • Wanita yang mengambil kalcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
.

B-complex

  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut, membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Juga berfungsi meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
 

Testimoni Pengguna Set Senggugut Shaklee

# Testimoni 1 : Mengalami haid yang panjang & senggugut teruk. Selepas amalkan Shaklee haid teratur,hormon semakin stabil dan senggugut berkurang

senggugut teruk,set senggugut shaklee

# Testimoni 2 : Haid 4 bulan tanpa henti,setelah amalkan shaklee haid semakin stabil

 # Testimoni 3

# Testimoni 4

set senggugut shaklee,hilangkan senggugut,legakan senggugut


Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

Pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(ii) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
Atasi Senggugut : Senggugut Teruk Petanda Tak Baik Pada Rahim was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

You may also like

3 Ulasan

    1. saya sarankan adik buat ultrasound atau scan di mana mana klinik atau hospital untuk pengesahan. cuma kita khuatir ada masalah dalam rahim seperti cyst,fibroid atau endo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.