9 Tips Mengurus dan Menjaga Anak Hiperaktif

Tips Mengurus dan Menjaga Anak Hiperaktif

Setiap anak mempunyai perwatakan yang berbeza. Bagaimana nak mengurus dan menjaga anak hiperaktif? Anda boleh membuat strategi besar untuk masalah anak hiperaktif dengan meningkatkan tumpuan, perhatian, pembelajaran, dan komunikasi! 

Kalau budak tengah aktif, tak payah la menjerit bagi arahan macam macam. Takkan ada hasil , melainkan anda hanya mencederakan emosi mereka sahaja.

Menguruskan anak ni kene bijak bukan kena suara kuat. Nampaknya seolah-olah tidak seseorang dapat mendengar apa yang dikatakan si ibu

Tips ini boleh juga digunakan bila  anak anda melompat dan menjerit tak tentu hala

Tips Mengurus dan Menjaga Anak Hiperaktif

Menajga anak hiperaktif biasanya agak lebih sukar berbanding anak yang normal.Tapi ia dapat diatasi dengan kaedah menguruskan dan menjagak anak hiperaktif dengan betul .

Antara bebebrapa tips dibawah saya senaraikan untuk membantu ibu bapa menguruskan dan menjaga anak hiperaktif

  1. Elakkan Penggunaan Gadget

menjaga anak hiperaktif,rawatan untuk anak hiperaktif,

Hadkan masa penggunaan gadget pada anak anda, Untuk pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Scree Time Parental Control di gadget anda.

Langkah pencegahan buat anak-anak semua walaupun normal, mulai hari ini sila kurangkan penggantungan terhadap alatan seperti :

  • Tablet
  • Ipad, Ipod
  • Video Games

banyak kajian menunjukkan bahawa masa skrin sebenarnya meningkatkan hiperaktif . Kerana ianya bakal mengundang gejala yang tidak diingini.

Sedangkan interaksi antara rakan sosial yang lain sangat diperlukan bagi anak kecil bagi meneroka dirinya sendiri dan alam sekeliling. Elakkan mengambil langkah mudah di atas.

.

2. Pantau Pemakanan Anak Anak

terapi anak hiperaktif di rumah,cara mendidik anak hiperaktif,

Makanan mempunyai pengaruh besar pada anak hiperaktif, pemilihan makanan yang tepat untuk memperbaiki perilaku anak hiperaktif.

READ :  Bantu Anak ADHD atau Hiperaktif Lebih Fokus Melalui PEMAKANAN

Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan kanak-kanak atau dewasa yang mengalami ADHD untuk menjadi terganggu, impulsif, dan resah. Pemakanan yang tepat pula lain, boleh mengurangkan gejala-gejala hiperaktif

  • Kawal pemakanan bergula -Makanan yang tinggi kadar gula atau karbohidrat dapat menurunkan glukosa dalam darah, yang berpengaruh besar pada mood.
  • Jika anak anda masih menyusu (umur 1 tahun keatas), sangay digalakkan mengambil susu penuh krim (full cream) kerana ianya bebas gula
  • Elakkan pengambilan makanan segera,makanan dalam tin dan makanan yg mengandungi pewarna dan perisa berlebihan
  • Galakkan anak minum air masa (bebas gula!)
  • Lebihkan pengambilan buah buahan dan sayur sayuran
  • Gantikan minuman bergula dengan jus buah atau yogurt rendah lemak
.

3. Salurkan tenaga dengan aktiviti menarik

terapi anak hiperaktif di rumah,cara mendidik anak hiperaktif,aktiviti anak hiperaktif

Cari cara untuk melepaskan tenaga dan menenangkan fikiran untuk anak hiperaktif seperti
  • Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya.
  • Karate / Seni Mempertahankan Diri – melancarkan tenaga ,membina keyakinan diri, belajar menumpukan perhatian, dan membangun koordinasi yang dipertingkat adalah hanya beberapa faedah seni mempertahankan diri untuk kanak-kanak hiperaktif.
  • Berenang adalah latihan yang hebat untuk kanak-kanak hiperaktif kerana ia menawarkan pergerakan yang berterusan, disiplin diri, dan pembakaran kalori.
  • Permainan seperti scrabble, catur, pasangan yang sepadan, dan lain-lain adalah latihan yang hebat untuk otak – kerana mereka membuatnya duduk di satu tempat dan menumpukan perhatian.

.

4. Sesi Pembelajaran Yang Menarik

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar.Cuba ringkaskan subjek mata pelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang panjang.

READ :  15 Kebaikan Gla Complex

Contohnya , penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak ini.

Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan berubah-ubah setiap hari. Selain mewarna ,boleh cuba menyanyi pula

.

5. Beri Perhatian & Luangkan Masa Bersama  Anak Hiperaktif

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Beri lebih tumpuan dan kasih sayang kerana kanak-kanak hiperaktif akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan juga diberi lebih perhatian. Bukan asingkan terus ya!
.
Gunakan waktu lapang anda melakukan aktiviti bersama si manja anda seperti berjalan-jalan di taman, membaca buku cerita bersama, bermain bersama dan sebagainya.
.
Aktiviti ini dapat mengembangkan hubungan anda bersama si manja anda yang hiperaktif. Sehingga mereka dapat bersikap positif dan melakukan aktiviti secara natural bersama anda, tanpa harus berlebihan.
.

6. Membuat Peraturan & Arahan yang Jelas

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Anak hiperaktif cenderung mempunyai masalah dalam persekitaran yang peraturannya tidak jelas.

Jika anda menghadapi anak hiperaktif, berikan peraturan dan arahan  tangga secara jelas. Dengan cara ini, anak akan tahu apa yang diharapkan untuk dia dari hari ke hari.

Sebagai contoh mudah anak berusia 4tahun.

” selepas makan mesti letak pinggan di sinki”

Bila mereka berjaya berikan kata pujian sebagai penghargaan.

.

7. Bantu Tingkatkan Tumpuan Anak

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Anak yang mengalami hiperaktif atau ADHD, mempunyai masalah mudah terganggu .Oleh  itu, tugas-tugas yang memerlukan tumpuan, seperti membuat kerja rumah atau menyiapkan sesuatu tugasan, harus dilakukan di tempat yang paling sedikit memberikan gangguan.

  • Jauhkan kerusi anak dari dari tingkap dan pintu.
  • Tutup televisyen dan radio semasa melakukan aktiviti
  • Elakkan mereka dari mainan yang boleh menarik minat mereka semasa melakukan aktiviti lain
READ :  16 Kebaikan dan Khasiat Lecithin Shaklee

Anak masih boleh bergerak tapi tidak membolehkan dia untuk terganggu oleh hal-hal lain.

.

8. Terapi Al-Quran

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Buat sendiri di rumah. Bacaan Al-Quran diperdengarkan sepanjang tempoh anak tidur.
.
Slow-talk atau sesi hati-ke-hati:  Seeloknya lepas anak-anak baru terlena atau ketika mood-nya baik (lepas makan, lepas mandi, sambil-sambil baring/duduk/bersantai).

Ikut cara Dato’ Dr.Hj Fadzilah Kamsah ni, cuma buat konsisten.

Kesannya kadangkala secepat 1-2 hari, ada masanya berbulan-bulan baru nampak kesan.

Yang penting, kena yakin dan tawakal. Oh ya, doakan anak-anak sentiasa.

.

8. Nasihat pakar

cara mengatasi anak hiperaktif,cara menangani anak hiperaktif,cara mendidik anak hiperaktif,

Jika anak masih tidak menunjukkan perubahan walaupun pelbagai usaha yang dilakukan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.

 

9 Tips Mengurus dan Menjaga Anak Hiperaktif was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.