6 Perkara Perlu DIELAKKAN Semasa Anak Demam

Bila anak demam panas mesti ibu bapa rasa kesusahan dan keperitan menjaga anak tu kan. Lagi-lagi bila malam. Sayu bila melihat mereka dalam kesakitan. 6 perkara perlu dielakkan semasa anak demam,ibu bapa perlu tahu.

Dari kajian saya dalam pembacaan buku psychology dan kaunseling, telinga wanita yg unik boleh membezakan anak menangis sebab lapar atau sebab sakit.

Telinga wanita sangat sensitif terhadap tone suara. Ini anugerah Allah bg wanita untuk melindungi dan menjaga anak2nya.

Demam , selesema biasanya tejadi disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Ia adalah sebahagian dari mekanisme pertahanan badan.

Peringatan : demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam yang jika terlalu kerap berlaku akan merosakkan sistem saraf otak anak dan menganggu anak-anak.

 .

Oklah, mungkin ramai dah tahu tapi kadang-kadang lupa saja.

6 PERKARA PERLU DIELAKKAN SEMASA ANAK DEMAM

1. Jangan pakaikan anak baju yang tebal,baju sejuk atau selimut.

  • Pakailah baju yang ringan dan nipis. Kalau di rumah tak pakai baju hanya berpampers pun tak apa.
  • Ingat ye, baju yang tebal akan memerangkap haba, anak akan jadi lebih panas

.

2. Jangan mandikan anak dengan air sejuk.

  • Kesian ketarr gigil habis anak tu😌. Kesian lah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.
  • Kalau anak demam tinggi, mandi memang membantu. Tapi mandilah dengan air suam (tepid water) sahaja ye. Bukan air sejuk
  • ANGGAPAN menyatakan anak demam jangan dimandikan adalah sesuatu yang salah. Ini kerana pada suhu anak meningkat mereka perlu dimandi atau badan perlu disejukkan badan dengan tuala basah.

.

3. Jangan tunggu sehingga suhu anak tinggi baru bagi ubat demam

Setiap rumah wajib ada termometer. Belilah yang elok sikit supaya kita tak tersalah tengok suhu badan anak kita.
Takpa berbelanja lebih sikit untuk benda yang perlu dan penting kan

Check suhu anak. Suhu yang normal adalah 36-37.4 darjah selsius.

READ :  Ketahui Bagaimana GLA Complex Membantu Anda Cepat Hamil

37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)

38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

suhu badan budak,anak demam,sembuh dari demam

Jika suhu anak melebihi 38.5 darjah celsius, seeloknya bagi anak ubat punggung. Tapi kalau tak yakin dan tak tahu dose, bagi ubat demam biasa dan lap lap anak anak atau mandikan dia.

Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali. Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

.

4. Jangan bawa anak ke tempat awam

Sebaiknya, elakkan tempat awam ketika anak demam. Playground ke, indoor park ke, wayang ke, termasuklah taska. Kita nak elakkan anak orang lain juga berjangkit.

.

5. Jangan panik

  •  Aha, ini biasa. Bila anak demam tinggi, parents pun panik tak tahu nak buat apa! Ini lebih mengeruhkan keadaan. Tenang dulu. Ambil anak itu dan mandikan. Mandi mulakan dari kaki, dan perlahan-lahan ke atas. Akhir sekali baru kepala. Kalau tuam pun begitu juga. Dengan air suam ye.
  •  Selesakan anak semampunya. Anak kecil ketika demam, memang merengek-rengek.
  •  Selepas tu, dengan steady, bawalah anak ke klinik berhampiran. Dapatkan ubat dan rawatan lanjut.

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

READ :  Tips Semulajadi Membetulkan Kedudukan Songsang Bayi Dalam Kandungan

.

6. Jangan Biarkan jika,

Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?

  •  Anak aktif ke tak?
  •  Anak boleh makan ke tak?
  •  Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
  • Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
  • Ada muntah dan cirit tak?
  • Ada buang air besar tak?
  • Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak?
  •  Anak merengek tak?
  • Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
  • Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
  •  Anak anda tarik (sawan) tak?
  • Ada ruam ruam atau tidak?

Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolonglah bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.

Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat.

Janganlah terus melulu marah doktor atau misi atau penolong pegawai

Bagaimana Meningkatkan Sistem Imunisasi Si Anak?

Jadi ibu ibu banyak mengambil alternatif dengan memberikan supplement atau vitamin untuk tingkatkan sistem imun si anak. Ternyata,bila anak sihat, hati ibu pon tenang dan bahagia. Kan?.

Secara semulajadinya sistem imunisasi badan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa dan sebab itu senang terdedah kepada jangkitan lebih-lebih lagi yang dihantar ke taska/nursery/pusat jagaan harian.

(i) Vita-Lea For Children

 

  • Menguatkan fungsi imunisasi. Tubuh badan boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk membantu kekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  •  kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

 

(ii) Meal Shakes Shaklee 

Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes.Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
 

Jom kita tengok apa kata ibu ibu yang berikan Vitamin Shaklee pada si manja mereka 🙂

#Testimoni 1

#Testimoni 2

#Testimoni 3 : Anak Saya dah Jarang Jatuh Sakit

————————————

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(ii) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
6 Perkara Perlu DIELAKKAN Semasa Anak Demam was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.