5 Tips Meneran Semasa Bersalin Dengan Betul

Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin.
.
Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.
 

 5 Tips Meneran Semasa Bersalin Dengan Betul

#1 : Teknik PERNAFASAN

Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh, dan tak ramai yang tekankan cara ini. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika tiba masa nak meneran.
 .
Bagaimana nak buat?
Mudah sahaja latihannya.
  • Tarik nafas sepanjang mungkin.dan cuba tahan nafas. (Tapi buatlah sekadar yang mampu. janganlah paksa diri. Kang ade yang kene naik ambulans gi hospital.)
 .
Rationalnya latihan pernafasan ini:
Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!!Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam. Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, kerana ia menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih.

Sesiapa para bakal ibu  yang mengidap asma atau semput, atau jenis nafas pendek,sebaiknya beritahu doktor atau jururawat awal, supaya mereka boleh bersedia dengan plan B untuk bantu anda meneran nanti
 .
Si ibu kena tarik nafas sepanjang mungkin, kemudian teran pun selama dan sepanjang yang kita mampu teran (tanpa mencuri tarik nafas atau menghembusnya ketika proses meneran itu berlaku).Habis teran. baru hembus nafas. dan tarik semula nafas sepanjang yang mungkin, kemudian teran lagi.. (ulang langkah ini tersebut sehinggalah baby anda keluar dengan jayanya. Chaiyokk!!!).
 .
Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sepatutnya. Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat. Rasa nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin hampir nak keluar.
.
Sebaiknya, beritahu doktor yang anda rasa nak membuang sangat. Macam saya dulu doktor tak benarkan ke tandas sebab takut nanti terberanak pulak dalam tandas. Itu adalah tanda anda  dan masa anda meneran bayi
 .
Sebaiknya, ikutlah arahan doktor/jururawat/bidan yang bertugas..selagi, dierang tak bagi signal suh teran, jangan teran dulu ek. Tahan dulu kesakitan tu. kerana mereka perlu  membuat persediaan dan pemeriksaan awal untuk kita dan bayi dlm perut (CTG).
.
Bila diberi GREEN light suh, teran..apa lagi geng; aja aja fighting!!!! Tarik nafas panjang2 dan teranlah sepangjang yg boleh. ingat jangan ngelat!!!!
 .
 .

#2 : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN

Ini pon penting ketika mahu meneran. Sama penting macam pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita meneran.
Bagaimana?
  • baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A besar ye
  • biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.
  • dalam keadaan itu, sebaik  memegang pada tumit. Orang kurus, biasa boleh buat teknik ni. Bagi yang agak berisi  yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu, biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita. So, macam tergantung la.
READ :  Rawat Sembelit Semasa Hamil dengan Ostematrix Shaklee

2 PERKARA UTAMA yang kita kena pastikan posisi kita betul KETIKA MENERAN:

  • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
  • Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (ketidak mungkin berlaku koyakan yg tenat nanti . koyak rabak. Haihhh,agak2lah statement kan..sounds scary je.).
  • Masa kite dah bersedia ,tarik nafas pangjang dan meneran tu, sebaiknya patikan kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentum kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap!!

 .

.

#3 : TENAGA

Bila dah ada tanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyangkan dan benar-benar dapat memberi tenaga.

Cara saya, saya ambil segelas Energizing Soy Protein dari Shaklee untuk berikan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama sebab nak meneran bayi perlukan tenaga yang banyak.

Lagipon , bagusnya ESP Shaklee ini memang banyak manfaatnya pada ibu hamil, jadi sepanjang kehamilan sehinggalah berpantang pon boleh amalkan .

Bila si ibu kekurangan tenaga semasa meneran bayi, kemungkinan besar akan menyebabkan bayi terpaksa dikeluarkan melalui kaedah forcep (vacum) , atau kemungkinan juga akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

Manfaat  Energizing Soy Protein dari Shaklee  untuk ibu :

 Memberi ibu tenaga berpanjangan di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk, tenaga semasa hamil , semasa melahirkan bayi dan berpantang
 
  Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
 
 Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
 
 Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. 
 
 Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 
 
Meningkatkan aliran susu ibu selepas melahirkan
Pengalaman anak pertama, saya tak lalu makan dan hanya minum secawan milo sebelum masuk dewan bersalin pada jam 9 pagi. Dan masih belum bersalin sehingga petang jam 6.30!! Bayangkan berapa jam saya di wad bersalin ,9 JAM ! ditambah dengan sakit kontraksi . Dan saya memang benar ketiadaan tenaga untuk meneran. (-.-)”
 .
Jadi ,pastikan anda makan makanan dan minuman yang berkhasiat sebelum melangkah ke medan perang dewan bersalin ok. Jangan lupa minum secawan Energizing Soy Protein dari Shaklee sebelum masuk ke wad bersalin.
.
Atau, jika anda mahukan kesihatan menyeluruh sepanjang kehamilan, anda boleh dapatkan Set Kehamilan Shaklee mengikut trimester kandungan anda atau mengikut budget yang anda peruntukkan

.

.

#4 : PERLINDUNGAN DIRI

Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah.
.
Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaanNya .. dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu nanti..InsyaAllah.
.
Ini adalah amalan yang saya buat sebagai seorang Muslim. Bagi rakan ibu yang non believers mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan masing2.
.
Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali. Kesannya, walaupun fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi / melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih bersabar juga.
 .
 .

#5 : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.

Bunyinya macam simple,tapi sebenarnya, jika kita benar memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..
 .
Sebab, mungkin ada salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka. Jadi, bila kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan.. Itulah ibarat doa mereka buat kita.
 .
Ok. Itulah antara tips dan skill yang perlu kita praktis, fahamkan dan apply ketika berada dalam labour room nanti ketika tiba detik untuk meneran dan bersalin.
 .

“Habis tu, macamana dengan sakit kontraksi dan bersalin????”

 .
Believe me, sakit hanya dirasa ketika kontraksi dan proses meneran itu sahaja. By the time baby anda keluar (keluar tu, meluncur laju macam ice skating!!! hehehehe), then terus hilang sakit yang dirasa especially bila kita lihat baby / anak yang kita berjaya lahirkan tu. MasyaALLAH!!!! SubhanALLAH!!! Memang Magis!!
 .
TAK terterkata dengan perkataan. Betapa Agungnya kuasa Allah yang memberi peluang kita merasai kesakitan itu, berhempas pulas dan bertarung nyawa melahirkan baby…tetapi bila anak itu lahir dan kita melihatnya, bukan perit atau menyesal tetapi kita tiba-tiba merasa syahdu dan gembira sehingga lupa kesakitan ketika proses melahirkan sebentar tadi!!!
.
Dan pasti juga kita berasa insaf betapa besarnya pengorbanan ibu kita ketika mereka melahirkan kita dahulu. Yang paling penting saat-saat getir & rumit itu menjadi kenangan paling manis dan pengalaman paling hebat dalam hidup kita!! ALLAHUAKBAR!!
 .
Ok.
 .
Kembali kepada menjawab soalan di atas.
 .
Seandainya, andai benar-benar sangat tidak dapat menahan kesakitan, mungkin anda boleh request dengan doktor GAS ETONOX untuk mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Kita yang tak belajar medic, mungkin tak tahu kewujudan gas etonox nih, tapi para doktor/jururawat yang nak bersalin, biasa request sebab dierang tahu manfaat gas ini yang dapat meringankan sedikit sakit kontraksi tu.
 .
Saya request. Personally, memang hebat penangan gas ini. Pengalaman sendiri, mmg dapat melegakan rasa sakit kontraksi dan jugak ketika selepas bersalin (ketika nak jahit tempat sulit itu).
 .
Negatifnya; bila kite sedut gas ni bersungguh-sungguh sangat. Ada macam sedikit ketagih nak sedut lagi dan lagi. Lepas tu macam tetiba sahaja kita berkhayal dalam sedar.
 .
Setelah selesai bersalin dan dijahit. Saya dihantar diwad. Dan mungkin kesan daripada over gas etonox tersebut, saya rasa masih khayal dan mengantuk seperti orang yang minum ubat batuk asih khayal dan mengantuk. Bila dalam wad tu..siap terdetik; boleh tahan jugak gas etonox nih..Haihhh…Agaknya, macam tulah keadaan orang2 yang ketagihan hidu gam. Nauzubillahinmin zalik. Mintak dijauhkan….
 .
Actually, pengalaman menggunakan gas etonox ketika kontraksi dan bersalin ini, hanyalah pengalaman senndiri dan peribadi semata-mata. Kesannya mungkin berlainan bagi setiap individu. Jadi, untuk maklumat yang lebih Ilmiah, ada baiknya korang google dahulu
 .
Oklah semua,
 .
that’s all yang dapat dikongsikan. Sedikit pengalaman yang diharapkan dapat mendatangkan manfaat dan juga memberi impak maksima buat kaum hawa yang bakal bergelar ibu. Actually, tips ni jugak untuk panduan diri, insyaAllah…
 .
Akhirnya; Selamat berjuang untuk Ibu-Ibu semua!!! Chaiyoookkkkk!!!! ALLAHUAKBAR!!!
 .
Doa saya buat anda semua, semuga dapat melalui saat2 getir melahirkan ini dengan begitu tenang, amin ya rabbal’alamin….Take Good care Always!!! 

READ :  12 Tanda dan Simptom Wanita Mengalami Kekurangan Hormon Progesteron

Penjagaan Kesihatan Selepas Melahirkan bayi?

Sememangnya saya sendiri akui bukan mudah nak pilih set berpantang ni, maklumlah banyak sangat pilihan sekarang ini.Samada moden atau tradisional semua ada dipasaran.
 .
Waktu melahirkan anak adalah saat berharga bagi seorang ibu setelah menempuh tempoh mengandung.Yelah kan,tak sabar nak tatap wajah zuriat yang kita kandungkan. Tapi, ada yang kecewa kerana Set Berpantang yang dipilih tak seindah khabar.
 .
Kenapa juga saya mengesyorkan anda menggunakan Set Bersalin Shaklee dan bukan jenama X, bukan jenama Y , dan bukan jenama Z? Pasti ada rahsia tertentu mengapa Set Bersalin Shaklee merupakan set rawatan lepas bersalin yang menjadi pilihan selepas bersalin?
 .
 
————————————
 .
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
 .
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
.
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 .
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
————————————
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.