25 Kebaikan Vitamin C Bagus Untuk Kecantikan Kulit dan Kesihatan Tubuh

Salam semua,
 .
Ramai antara kita penggemar Vitamin C dan rata ratanya ramai yang dah tahu khasiat vitamin c. Untuk pengetahuan anda, vitamin c bukan sahaja bagus untuk kecantikan kulit sahaja tapi ia juga sangat baik untuk tubuh dan kesihatan rambut
 .
Saya tahu, lambakan jenama Vitamin C di pasaran sekarang dan tentunya anda mencari Vitamin C yang paling bagus dan terbaik, setimpal dengan harganya.
 

25 Kebaikan Vitamin C Pada Tubuh , Kulit dan Rambut

Kebaikan Vitamin C untuk Tubuh

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
 .
Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Antioksidan

Sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat”. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum.

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Kajian menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan dengan merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak atau Selaput Mata

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih gelap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.
.
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata.

10. Barah atau Kanser

Melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.
.
Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tingkatkan Tenaga.

Mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.

15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
 .
Vitamin C mengurangkan kesan sunburn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan mennggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).
 .
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
 .
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan.
Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.
 

Kelebihan Sustained Release Vita C Shaklee

vitamin c, vitamin untuk kulit, vitamin c shaklee, vitamin c 1000mg, vitamin c 500mg, vitamin c terbaik
Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
 .
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.
 .
Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
 .
Yang bestnya, sebotol Vitamin C Shaklee mampu bertahan sehingga 6 bulan penggunaan hanya dengan harga kurang dari rm100
 .
Apa tunggu lagi. Order SEKARANG. Hanya satu klik dan anda boleh dapat 1001 Kebaikan Vitamin C Shaklee
 
————————————
Saya Nornadia Mansor , ID Shaklee : 866457 
adalah pengedar sah Shaklee anda
Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,
sila hubungi :
 
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
✉ Email : nornadiamansor@yahoo.com
 
Setiap pembelian di laman ini, anda layak menerima :
☑ jadual pengambilan vitamin
☑ tips ekslusif
☑ konsultasi percuma berterusan
 
——————————
25 Kebaikan Vitamin C Bagus Untuk Kecantikan Kulit dan Kesihatan Tubuh was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

READ :  Produk Shaklee,Bukan Vitamin Cap Ayam Tapi Ada Landmark Study dari Saintis Nutrisi

You may also like