PANDUAN VITAMIN & SUPLEMEN IBU HAMIL


Alhamdulillah, sepanjang kehamilan baby ketiga ini, skop customerdan rakan-rakan dari kumpulan ibu mengandung yang singgah ke blog ini juga telah bertambah (merujuk kepada traffic analysis serta pertambahan order vitamin untuk ibu hamil!).

Jika di awal pembabitan saya berkongsi kebaikan suplemen secara online dahulu, 90% merupakan ibu menyusu, kini boleh dikatakan 30% ialah ibu menyusu, 30% ibu hamil, 30% kecantikan kulit, dan baki 10% ialah lain-lain seperti pengurusan berat badan, suplemen untuk anak-anak, mahupun family total wellness.

Setiap kali mengandung, saya mengambil prenatal supplement/ vitamin dari sumber yang berbeza. Maka, kali ini saya ingin kongsikan pengalaman menarik mengamalkan vitamin dari 3 jenis sumber yang berbeza ini.

Kehamilan Pertama.

Untuk kehamilan sulung, memandangkan saya membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan, saya cuma makan vitamin 5 serangkai (Asid Folik, B Kompleks, Vitamin C, Kalsium dan Iron) yang diperolehi secara PERCUMA dari Klinik Kesihatan. Jenis vitamin yang dibekalkan adalah sama dari awal kehamilan sehinggalah dah cukup bulan. Jujurnya, memang payah nak telan, terutama Iron tablet. Mungkin kerana saiz dan rasanya yang tak berapa sedap pada tekak, dan juga belum ada kesedaran tentang kepentingan suplemen buat ibu hamil. Tapi, saya usahakan juga makan vitamin demi kesihatan bayi. Alhamdulillah, my boy lahir dengan berat 3.5kg!

Kehamilan Kedua.

Untuk kehamilan kedua, 100% pemeriksaan baby dibuat di private hospital. Pada awal kehamilan, gynae hanya berikan Folic Acid sahaja. Apabila kandungan memasuki trimester kedua, barulah saya diberikan Obimin dan Kalsium.

Apabila masuk Trimester ketiga, tambahan Fish Oil (jenama Neurogain) ditambah kepada Obimin dan Kalsium tadi. Kali ini saya lebih selesa mengambil suplemen untuk ibu hamil ini, mungkin kerana saiznya yang lebih kecil, dan tidak memberi rasa pelik kepada tekak. Alhamdulillah, my girl lahir dengan berat 2.6kg! Hampir SEKILO beza/ lebih ringan dari abangnya. Somehow waktu itu, saya rasa Fish Oilbanyak mainkan peranan untuk kawal peningkatan berat badan saya dan baby, serta brain development baby. Wallahu'alam.

Kehamilan Ketiga.

Untuk kehamilan ketiga ini, saya masih membuat pemeriksaan diprivate hospital yang sama (sebab sukakan gynae nya!). Bezanya, kali ini saya menyatakan hasrat pada gynae untuk mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee sepanjang kehamilan ini. Gynae menghormati keputusan saya, dan langsung tidak membekalkan apa jua prenatal vitamin sepanjang check up kali ini. Walaubagaimanapun, saya sentiasa merujuk padanya samaada vitamin yang saya ambil bersesuaian, dan saya juga pernah tunjukkan label botol vitamin padanya.

Perbezaan mengandung baby #3 ini berbanding waktu abang dan kakaknya ialah, saya lebih arif (berbanding dahulu) tentang apa vitamin/ suplemen yang diperlukan oleh ibu hamil. Saya makan vitamin mengikut apa yang baby dan badan saya perlukan, dan sentiasa perhatikan unit value vitamin harian. Tidak bermakna apabila saya sendiri pengedar vitamin, saya perlu makan vitamin sehinggaoverdose! Seperti anda, tidak dinafikan, adakala saya juga culas makan vitamin. Ooppsss! :D

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah, Hb saya kekal di paras normal, bacaan sekitar 11++. Kandungan terdahulu, saya pernah mengalamilow Hb sehingga muka pun pucat. Saya juga rasa lebih bertenaga, lebih tenang (mungkin disebabkan oleh B-Complex), kurang rasa sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan (kesan pengambilan Kalsium-Magnesium) dan Alhamdulillah, pertambahan berat badan saya & baby masih di paras terkawal. Adakala, pertambahan berat kami berdua di bawah paras graf normal! :P

Memandangkan pengunjung GenkiMomma kini kebanyakannya terdiri daripada ibu mengandung, mahupun ibu yang cuba untuk hamil, ingin saya kongsikan apakah VITAMIN ASAS yang saya amalkan sepanjang kehamilan baby #3 ini. Sebagai Shaklee Independent Distributor, pastinya saya memilih vitamin semulajadi Shaklee sebagaiprenatal vitamin saya kali ini.

Vitamin ASAS Sepanjang Trimester Pertama:

VITAMIN ASAS Sepanjang Trimester Kedua & Ketiga:


VITAMIN OPTIONAL Sepanjang Trimester:
Saya juga mengamalkan suplemen berikut mengikut keperluan badan (TAK WAJIB, ya!):

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini saya sangat gembira dengan pilihan saya untuk mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee sepanjang kehamilan ini. Jika anda ikuti penulisan saya dari awal, sebenarnya, tak kisahlah dari mana sumber vitamin itu - dari Klinik Kesihatan, private hospital, mahupun jenama pilihan sendiri - vitamin prenatal ASAS buat ibu hamil terdiri dari Multivitamin (lengkap dengan Zat Besi), B-Complex yang lengkap dengan Asid Folik, Vitamin-C, serta Kalsium, kan?

Jadi, pilihan di tangan anda untuk memilih jenis vitamin yang bagaimana, kerana pastinya setiap sumber vitamin ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Namun, jika anda juga ingin cuba mengamalkan vitamin semulajadi pilihan saya, boleh hubungi saya untuk cadangan & jadual pengambilan vitamin yang sesuai.

Walaubagaimanapun, suka saya ingatkan bahawa kondisi kesihatan kita tidak sama, terutama tatkala sedang berbadan dua ini. Maka, jika anda mempunyai masalah kesihatan yang serius tatkala hamil, sepertiGestational Diabetes Mellitus (GDM) ataupun Darah Tinggi, segeralah merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.

0 comments: