12 Tips Mudah Bersalin Dari Dr Imelda Balchin

tips mudah bersalin,tips cepat bersalin,cara mudah bersalin tanpa koyakan,cara bersalin dengan mudah

Rata rata ibu hamil tercari cari apakah tips untuk mudahkan bersalin. Macam macam tips dan petua yang kita dapat dari pengalaman kawan kawan, kenalan fb dan ibu kita sendiri. Ada yang logik, ada jugak petua yang tak masuk akal

Saya nak kongsikan dengan anda tips mudah bersalin dari Dr Imelda Balchin,seorang Pakar Perunding O& G, subspecialist in Maternal and Fetal Medicine kini bertugas di UMMC, telah mempunyai pengalaman puluhan dekad, belajar di luar negara dan pernah bertugas di UK.

Jawapan yang terbaik ialah menjaga kesihatan sebelum hamil lagi.

12 Tips Mudah Bersalin Dari Dr Imelda Balchin

#1: Dapatkan BMI bawah 27

Jika berat badan berlebihan, cuba kurangkan berat badan ke tahap yang sihat, kurang daripada BMI 27, sebelum hamil.

.

#2: Pengambilan Asid Folik

Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.

  • Diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak bayi dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang
  • Kajian perubatan juga menunjukkan yang pengambilan folic acid oleh ibu hamil juga berkesan mengurangkan autism di kalangan anak-anak.
  • Untuk wanita yang mempunyai Diabetes atau pernah mendapat anak yang ada kecacatan NTD, dos yang disarankan ialah 5mg sehari.
  • Untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan.

Folik acid ni tak boleh dapat dengan cukup dari pemakanan kita walaupun kita cuba sedaya upaya. Bila sayuran hijau di masak, folik acid ni terlalu cepat dan senang dimusnahkan.

READ :  Kenapa Asid Folik Penting Bagi Ibu dan Bayi dalam Kandungan?

.

#3 : Kawal Gula dalam Darah

Jika anda pernah mendapat penyakit kencing manis semasa kehamilan yang sebelum ini (gestational diabetes, GDM), buat ujian OGTT setiap tahun untuk memastikan yang anda tidak ada penyakit kencing manis sebelum hamil.

Jika ada, memastikan kawalan gula sebelum hamil dan bacaan HbA1C kurang daripada 6.5%.

.

#4: Pemakanan yang sihat

  • Pemakanan yang sihat dan segar tanpa pengawet, tanpa tambahan gula, seimbang dan tidak berlebihan (pinggan suku-suku-separuh).
  • Makanan kaya dengan zat besi boleh mengelakkan kekurangan darah merah. Ini termasuk daging, telur (JANGAN makan yang mentah atau separuh mentah semasa hamil), sayuran hijau, kismis, aprikot kering.
  • VCO atau minyak kelapa dara  TIADA ZAT BESI – dan tidak meningkatkan darah merah Hb!!!!!!
  • Sedikit iodine dan omega 3 daripada makanan laut penting untuk kesihatan
  • Jangan lupa minum sekurang-kurangnya 2Litre sehari, atau 8-10 gelas sehari. Air yang paling sihat sekali ialah air kosong bersih (air masak atau air mineral). Tak payah air Kangen. Tak payah air alkali. Tak payah air RO. Suhu air tu suka hati ibu. Bila air sejuk masuk ke dalam perut, dalam masa tak sampai 5 minit saja, suhu air itu menjadi suhu badan juga.

.

#5: Bersenam dengan kerap

Bersenam dengan kerap 20 minit sehari setiap hari atau 150 minit seminggu. Bila hamil, teruskan dengan senaman – low impact aerobic, berjalan dengan pantas, kayuh basikal yang pegun (stationary bike) supaya tak terjatuh, berenang, yoga.

Pengecualian – Jika ada pendarahan atau air ketuban pecah, masalah jantung, kehamilan kembar atau jika risiko tinggi mendapat kelahiran pramatang.

Bersenam TIDAK menyebabkan keguguran!

senaman kegel untuk ibu mengandung

Senaman Kegel semasa hamil boleh mengelakkan masalah tak boleh kawal air kencing (urinary incontinence) atau terkencing bila terbatuk, dan boleh mengurangkan risiko masalah rahim jatuh (tombong) selepas bersalin. Teruskan senaman Kegel selepas bersalin untuk menguatkan kelonggaran faraj dan seumur hidup untuk mengelakkan rahim jatuh.

Jika tidak obese dan bersenam dengan kerap, maka kuranglah masalah darah tinggi, kuranglah masalah kencing manis, kurang masalah janin terlalu besar dan kuranglah keperluan untuk di-induce, kurang pembedahan Caesar dan kuranglah masalah nak bersalin.

.

#6: JANGAN makan untuk dua

Hampir setengah wanita Malaysia memang berat badan berlebihan atau obesiti sebelum hamil lagi. Jika anda salah seorang daripada mereka, sila jangan tambah kalori semasa hamil, melainkan selepas 28 minggu kehamilan boleh tambah 200 kalori sehari.

Elakkan membeli susu ibu yang mengandungi tambahan gula dan kalori jika anda ubah tabiat memakan yang sihat dan seimbang.

  • Berat badan boleh naik 12-18kg hanya bagi wanita yang tersangat kurus sebelum hamil (BMI < 18.5). Jika berat badan normal, pastikan berat badan tidak naik lebih daripada 11-16kg semasa hamil.
  • Jika berat badan lebih daripada BMI 23, pastikan tidak naik lebih daripada 7-11kg semasa hamil.
  • Jika anda obese (BMI > 27.5), sila kawal berat badan supaya tidak naik lebih daripada 5-9kg semasa hamil.

Cara mengawal kenaikan berat badan yang terbaik adalah senaman.

.

#8: Lakukan Ultrasound

ultrasound ibu mengandung

Di awal kehamilan, pastikan anda mendapat ultrasound scan di antara 11-14 minggu untuk menentukan yang tarikh lahir atau due date (EDD) adalah betul. Buka buku merah seawal 12 minggu. Jangan tunggu lambat-lambat.

.

#9: Pengambilan Vitamin D

Kebanyakan wanita Malaysia kekurangan vitamin D dan ini boleh menyebabkan pre-eclampsia atau kelahiran pramatang.

JANGAN AMBIL SUNTIKAN VIT C – sangat merbahaya untuk kesihatan. Tambahan Vitamin C sebanyak 1000mg ke atas telah terbukti menyebabkan kelahiran pramatang.

.

#10 : Jangan tinggalkan temujanji doktor

Jangan tinggalkan temujanji doktor. Awasi Pergerakan janin selepas 28 minggu kehamilan. Jika janin tidak cergas seperti biasa atau pergerakan kurang dari 10 , sila berkunjung ke hospital, walaupun janin yang sudah matang atau sudah sampai ke due date.

.

#11: Vaksin Semasa Hamil

Jangan lupa anti-tetanus toxoid vaksin bagi ibu yang dinasihatkan mengambilnya.

.

#12: Urutan perineum

Urutan perineum,urutan perineum mudah bersalin,urutan sebelum bersalin

Urutan perineum dengan minyak setiap hari dari 36 minggu ke atas boleh melembutkan dan meregangkan kulit supaya boleh mengurangkan koyakan atau episiotomi semasa bersalin. Kendurkan kulit yang tegang di bahagian bawah faraj – Ini lah kulit perineum. Sapu minyak dan urut-urut.

Boleh pakai minyak apa-apa pun. Tak payah pakai minyak kelapa dara mahal-mahal. Kajian perubatan yang dibuat telah menunjukkan yang minyak apa-apa pun berkesan.

.

Semoga ibu-ibu hamil kita sihat semasa hamil, sihat semasa bersalin, bersalin dengan normal dan mudah, dan mendapat zuriat yang sihat. Kalau boleh, saya nak bersara awal.

Vitamin Prenatal Untuk Ibu Mengandung

Kesihatan yang baik sepanjang kehamilan adalah tips mudah bersalin yang terbaik. Jadi, vitamin juga penting untuk tampungkekurangan nutrisi dalam badan di samping pengambilan makanan yang seimbang.

Ramai ibu-ibu dan bakal ibu yang mencari-cari vitamin apa yang terbaik untuk mereka amalkan apabila tahu mereka telah hamil.

Adakah perlu diambil sepanjang kehamilan? Adakah perlu diambil oleh semua ibu-ibu hamil?

Dan yang paling PENTING adalah adakah Vitamin-Vitamin ini selamat untuk diambil?

set kehamilan shaklee,vitamin untuk ibu mengandung,set kehamilan shaklee trimester pertama,kebaikan set hamil shaklee,set mengandung shaklee trimester kedua
Set Kehamilan Shaklee

Fungsi Vitamin Untuk Ibu Mengandung

1. Multivitamin (Vita-lea Iron Formula)

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.
  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi pada ibu mengandung dan menyusu Kekurangan zat besi  boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
  • Lengkap dengan asid folik – wanita yang mengambil asid folik sebelum kehamilan dan pada awal kehamilan boleh mengurangkan risiko kelahiran bayi yang cacat saraf otak dan cacat saraf tunjang sehingga 70%
  • mengelakkan anemia dalam ibu mengandung.
  • peranan dalam mengawal mood anda kerana ia boleh mengurangkan depresi.
  • Penting dalam pembentukan hemoglobin (protein dalam sel darah merah) yang membawa oksigen ke organ dan tisu badan anda. Apabila anda hamil, badan memerlukan lebih zat besi bagi menghasilkan darah kepada anda dan bayi dalam kandungan anda.
 .

2.  B Complex 

Vitamin B kompleks mengandungi campuran vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12,dan asid folik. Ia juga biasanya mengandungi kolin, PABA dan inositol.

Vitamin B kompleks memberikan:

  • untuk kulit, tulang, rambut dan otot yang sihat
  • lengkap dengan asid folik
  • mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • mencegah kencing manis
  • mencegah kecacatan tiub neural
  • meningkatkan fungsi saraf
  • elakkan ibu dari kemurungan
  • Mengelakkan dari anemia atau letih, mood yang tidak menentu
 .

3. Vitamin C (Sustained Realese Vita-C)

  • Diperlukan untuk menghindari  gangguan pada perkembangan janin
  • membantu pertumbuhan otot, tulang, tulang rawan, kulit serta jaringan  pada ibu dan bayi
  • dapat memperlancar penyerapan zat besi ke dalam tubuh.
  •  membantu merangsang antibodi yang melawan virus dan jangkitan kuman dalam tubuh ibu mengandung
  • mengelakkan air ketuban pecah pra-matang
  • kekurangan Vitamin C akan merencatkan pertumbuhan otak bayi di bahagian hippocampus.
 .

4. Omega -3 (Omega Guard)

  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
  • Sangat diamalkan oleh ibu mengandung yang mengalami diabetis gestasi
 .

5. Kalsium (Ostematrix)

Kalsium sangat diperlukan ketika proses kehamilan. Jika anda rasa jumlah pengambilan anda tidak mencukupi, anda perlu meminta prenatal vitamin bagi memastikan kalsium yang anda ambil mencukupi dengan badan anda.

Susu merupakan sumber utama kalsium. Selain itu ia mengandungi protein, lemak, karbohidrat dan vitamin yang baik untuk ibu hamil.

Kalsium sangat penting kerana:

  • elakkan masalah reput tulang atau osteoporosis.
  • keperluan kalsium menjadi berganda kerana kalsium dalam badan anda akan diserap oleh bayi.
  • Bayi memerlukan kalsium ini untuk pembentukan gigi dan tulangnya.
    • Kalsium yang mencukupi juga boleh mengelakkan masalah cramp kaki ketika hamil.
    • atasi masalah sakit badan dan pinggang
    • tidur lebih lena
    • melembutkan najis,memudahkan proses pelawasan
    • membaiki ransangan urat saraf
    • mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan
    • penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
    • Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis.
 .

6. Protein (Energizing Soy Protein )

Protein memainkan peranan penting dalam proses kehamilan anda.Protein yang mencukupi sangat diperlukan kerana:

  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • kunci untuk melawan penyakit.
  • memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
  • Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
  • membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
  • membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Supplement terbaik untuk penyediaan badan ke arah proses penyusuan bayi kelak (unless memang kita tidak pasang niat utk breastfeed baby kita). Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang mengalami masalh tiada susu, jadi, ini dia penyelesaian terbaik. (Selain dari konsep Demand vs Supply)

Bagaimana ingin Mendapatkan Vitamin Shaklee?

(i) Hubungi Saya :

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan, sila hubungi :
 .
✆ SMS | WhatsApp : 013 4211 610 [Nadia]
.
📱 Link Terus untuk Whatsapp :
http://www.wasap.my/60134211610
http://www.wasap.my/60134211610
.
📩 Email : nornadiamansor@yahoo.com
.

(i) Buat belian di cawangan Shaklee terdekat

Walk In ke mana mana cawangan Shaklee berdekatan,  gunakan ID 866457 untuk dapatkan supplement anda dgn Harga Sungguh Menjimatkan
.
12 Tips Mudah Bersalin Dari Dr Imelda Balchin was last modified: by
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Link Berkaitan

Berpengalaman lebih 6 tahun sebagai Shaklee Business Leader . Saya menjalani perniagaan Shaklee secara sepenuh masa , secara ‘online’ dan ‘offline’ .

Saya disini ingin berkongsi dengan anda maklumat,tips dan info kesihatan yang berguna, dan ada yang saya tuliskan mengenai pengalaman saya sendiri.

Hubungi saya secara terus

Call/Whatsapp : +6013-4211610
Link Whatsapp : http://www.wasap.my/60134211610

You may also like

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.